header-photo

Anak Angkat...

Badrul seorang anak angkat semenjak dia bayi lagi. Kini dia 18.

Dua tahun lalu ibu angkatnya meninggal dunia. Sebaik ibu angkatnya meninggal dunia, keluarga sebelah ibunya tuntut hampir segala harta yang ada. Nasib rumah yang diduduki bersama ayah angkatnya masih ada.

Kini dia selalu termenung hingga satu hari dia bertanya kepada seorang kawan karibnya, "Kelak kalau aku tumpang rumah kau boleh?"

Saya faham. Ayah angkatnya sedang sakit. Dia seakan tahu dia akan kehilangan tempat tinggalnya tidak lama lagi.

Manusia memang boleh dibeli dengan harta...

2 reaksi:

lutfi said...

salam.

selalunya memang begitu. saya ada kenal seorang sepertinya, waktu kedua-dua ibu bapa angkatnya hidup, dialah yang membanting tulang menghidupkan perniagaan bapa angkatnya.

tapi bila bapa angkatnya mati, dia diketepikan terus.

Marini_Kamal said...

salam,

nak kata resam dunia bukan,
nak kata karma pun bukan,
apakah hari ini hilang sudah erti berbudi berbahasa, memberi merasa?

dunia lebih suka kejar yang hakiki :)