header-photo

Anak...

Dia sungguh tenang waktu itu. Sesekali dia terkekek - mungkin mengigau kerana harinya sentiasa aktif. Dan saya senyum menyambut setiap kekekannya itu.

Ini biasa berlaku hampir 20 tahun yang lalu. Suasana aman itu meredakan jiwa.

Saya selalu soal diri sendiri tentang kemampuan saya menjalankan amanah seorang bapa. Hingga hari ini saya masih kecewa dengan diri saya sendiri.

Walaupun berkali diberitahu tentang batas kemampuan, namun kekecewaan itu sudah terpahat. Tentu saja anak berhak mendapat sesuatu jauh lebih baik dari seorang bapa - didikan ilmu dan kekayaan, zahir dan batin. Itu rasa saya...

2 reaksi:

Naim said...

semoga tuan diberi kemudahan untuk melaksanakan harapan bapa, meskipun tidak mencapai tahap kesempurnaan. Kesempurnaan adalah suatu ideal yang tidak mungkin boleh digapai kerana fitrah manusia tidak pernah rasa puas.

@naimisa

sambakar said...

Pernah orang tua berkata ' Buatlah kot mana sekalipun, akhirnya anak-anak telah ada ketentuan masing-masing'. Sebagai bapa dan ibu , hanya doa yang dapatkan kita panjatkan untuk mereka semuga selamat hidup didunia dan akhirat dan tidak dijauhkan Islam dari hati nuraini mereka dan keturunan seterusnya.