Romi: Awak, balik kampung raya berapa lama?
Juli: Seminggu...
Romi: Oh ok...(sambil buat muka sedih).
Juli: Kesian awak. Janganlah sedih. Nanti saya call dan ym lah...
Romi: Itu saya tak kisah...saya risau lain ni...
Juli: Awak risau tak tahu apa nak buat bila saya tak ada ya?
Romi: Tak...
Juli: Habis tu...
Senyap.
Juli: Habis tu? Cakaplah awak!
Romi: Errr...siapa nak belanja saya makan...
Awal tahun saya menemuinya kerana bermasalah dan depresi. Harapan agar mendapat nasihat dan sokongan darinya - moral dan material.
"Jadi anak jantan". Itu saja nasihatnya.
Saya hampa. Bukan itu yang saya harapkan dari seorang bapa. Namun, ayat itu tidak pernah pergi dari minda saya. Ia seakan terpahat. Berdikit saya kunyah dan semakin dimakan masa, saya mula faham.
Saya pasti ada lagi. Mungkin sekitar Selayang? Shah Alam? Kelang?
Seperkara menarik tentang Uptown/Downtown ini adalah jumlah orang-orang bangsa sendiri berniaga. Lagi satu, jangan datang awal. Masa terbaik selepas jam 12.
Ritual saya selalunya jalan-jalan melihat saja. Saya tinjau gelagat peniaga dan pembeli. Saya juga tinjau barangan yang dijual. Selepas itu saya akan duduk makan "steamboat" dan sebelum balik, aiskrim potong. Doa saya agar dari kalangan mereka yang berniaga ini, akan lahir peniaga-peniaga besar dan berjaya kelak. Doa saya juga agar akan lahir lebih banyak gerai-gerai yang berniaga...buku!
Ok, akhirnya saya hendak bercerita tentang seorang kawan ini. Semenjak saya hijrah ke tempat baru ini, dia tidak pernah menghampakan. Setia. Ambil berat. Bantu mana perlu.
Dalam situasi saya, ramai jauhkan diri. Saya macam ada penyakit berjangkit. Ada juga yang "kencing" macam seorang sahabat cakap. Namun, kawan ini tidak begitu. Dia selalu ada untuk saya.
Dan dalam dia menyambut harijadinya, dia memberi, bukan menerima. Ramai juga yang dia bantu.
Ada orang beritahu agar saya berjaga-jaga. Dia seorang wanita. Dia bukan Islam. Saya senyum. Tak kenal, tak tahu.
Dengan masalah saya, tidak terkejut jika saya diduga. Saya tidak mahu kira sebenarnya, tetapi sebab berulang berlaku, adalah beberapa insan yang kini masuk dalam kumpulan tidak ikhlas. Pada mereka, saya berdoa agar mereka sedar. Janji senang dibuat. Terutama waktu mahu "melepaskan" diri. Namun, ia akan menghantui semula. Tidak akan pergi. Berulang menghantui, sehingga kita ada keberanian menghadapinya.
Saya juga berdoa agar mereka cepat kembali ke dalam kumpulan yang ikhlas.
Saya tertanya mengapa banyak sangat Bazaar/Pasar Ramadhan? Terutamanya di kawasan Ampang ini. Nampaknya memang orang kita ini minat berniaga! Baguslah. Alhamdullillah.
Namun, terpandang juga dua atau tiga Bazaar/Pasar yang nampaknya "tak jalan". Ada khemah-khemah, tetapi kosong-kosong...yang ada pun orang jual tilam dan permaidani.
Akhirnya baru saya sedar, Bazaar/Pasar yang ada ini rupanya satu perniagaan buat beberapa pihak.
Saya terkadang terlalu memikirkan tentang hati orang lain sehingga melalaikan hati sendiri...namun, apabila saya mula memikirkan tentang hati sendiri, saya seolah mementingkan diri sendiri pula...
Saya sememangnya elak berbuka puasa di tempat-tempat yang adakan buffet. Selain dari saya tidak makan banyak untuk berbuka, saya juga tidak mahu terperangkap dalam mainan nafsu perut yang lapar. Pasti kita pernah lihat porsi besar yang diisi dalam pinggan. Pelbagai pula. Tidak cukup sepinggan, ada yang isi dua atau tiga pinggan. Bukan apa, takut juadah yang terhidang habis. Air pula kadang bergelas. Ada air bandung. Tidak cukup, diambil teh tarik. Lepas itu ABC atau cendol...
Akhirnya, selain kita senak, boleh tahan juga lebihan makanan di atas meja. Dan kita lupa bahawa waktu maghrib itu tidak lama.
Saya faham sebenarnya. Berbelanja buffet di banyak tempat kini bukan murah. Jadi itu tentunya kita mahu pastikan kita untung.
Saya tidak nyatakan saya tidak akan berbuffet. Jika ada jemputan dari keluarga rapat dan kenalan, insyaAllah saya hadir - jika mampu. Bukan untuk kenduri makan, tetapi sebenarnya untuk rapatkan silatulrahim. Mungkin ada saudara atau kenalan yang sudahpun beranak 3 tetapi saya tidak tahu atau kerja di tempat lain atau sudah berkahwin lain, begitulah.
Selamat berpuasa dan berbuka (bila masanya tiba) semua :)
“Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].
Di Atas Padang Sejarah
Antologi Puisi Perjuangan - Akan mula dijual akhir Februari 2013
Salina
Draf Akhir
Salina
Edisi Terhad
Salina
Naskhah Popular - kulit lembut
68 Soneta Pohon Ginkgo
RM40 Semenanjung Malaysia RM45 Sabah/Sarawak (Harga termasuk penghantaran melalui Poslaju) Setiap naskhah ditandatangani Pak Samad Emel: helmysamad@gmail.com untuk dapatkannya!