header-photo

BFF...

Ok, akhirnya saya hendak bercerita tentang seorang kawan ini. Semenjak saya hijrah ke tempat baru ini, dia tidak pernah menghampakan. Setia. Ambil berat. Bantu mana perlu.

Dalam situasi saya, ramai jauhkan diri. Saya macam ada penyakit berjangkit. Ada juga yang "kencing" macam seorang sahabat cakap. Namun, kawan ini tidak begitu. Dia selalu ada untuk saya.

Dan dalam dia menyambut harijadinya, dia memberi, bukan menerima. Ramai juga yang dia bantu.

Ada orang beritahu agar saya berjaga-jaga. Dia seorang wanita. Dia bukan Islam. Saya senyum. Tak kenal, tak tahu.

Katakan apa saja, tetapi,

Saya tak akan lupakan jasanya...

3 reaksi:

Anonymous said...

Happy birthday bff itu. Mana cupcake aku wehh

Mommy

Miss Reen said...

Apalah salah & dosa dier dilahirkan sbg seorang wanita & bukan Islam eh?

*me sesengih cam kerang busyuk!

Miss Ukane said...

entah?