Salina merupakan karya Pak Samad yang paling terkenal setahu saya. Di mana saja (*hingga ke London) orang bertanya tentangnya. Jadi menerbitkannya satu proses yang tidak mudah, terutama bagi Wira Bukit yang lebih dua tahun menyepi. Ada yang kata sepi itu indah. Saya sedikit sebanyak setuju. Pahit dan susah dua perkataan yang membawa maksud tidak baik. Namun, selama dua tahun, saya sangat-sangat memikirkan hala tujuan WB. Juga apa sebenarnya yang berlaku hingga kami menyepi. Banyak insiden sebenarnya, tetapi yang pahit dah susah itu menjadi seakan pendorong untuk berjaya. Saya percaya bahawa manusia tercipta untuk perkara sebegini. Mereka berkemampuan dan sebenarnya boleh mengharungi dan mengatasi masalah yang dihadapinya.
Dari WB mahu dibeli oleh beberapa pihak hingga ke fitnah bahawa WB dapat projek berjuta dari kerajaan Melaka, semua ini sedikit sebanyak lebih mendorong. Saya bersyukur kami tidak mengharapkan kontrak kecil-kecilan mahupun besar-besaran untuk mandiri. Kami sepi, tetapi kami sebenarnya berhibernat. Menanti masa yang sesuai untuk bangkit melangkah.
Proses penerbitan Salina sebenarnya bermula awal tahun, tetapi agak merangkak. Sebaik Julai, kerja-kerja menaipnya hampir selesai dan bermulalah proses mengedit. Proses edit ini dilakukan hampir 100% oleh Pak Samad. Dengan kesibukan Pak Samad, ini memakan masa lagi. Dengan kekangan modal, saya tidak terkejut penerbitan Salina sebegini lembab. Anda tidak mahu tahu betapa kami lakukan ini dengan hampir tiada kos. Yang ada hanyalah usaha dan kepercayaan mereka yang terlibat. Kami percaya ada pelangi buat kami di penghujung jalan.
Sementara itu proses desain buku dimulakan. Bahagian ini dilakukan oleh Emila Yusof.
Berikut desain-desain yang lahir hingga ke draf #4. Saya kira tinggal lima atau 6 draf saja lagi hingga kami benar-benar selesa.
Soalan cepumasnya adalah, "Bila akan berada di pasaran?"
Selepas tertangguh dari Ogos ke September, saya lebih senang letakkan November sebagai tarikhnya.
Doakan kejayaannya serta nantikanlah dengan sabar ya.
Nota: Proses penerbitan Hujan Pagi & Sungai Mengalir Lesu sudah bermula juga. Jangka terbit suku pertama 2012.
Bengkel Membedah Manuskrip Cerpen
13 hours ago
5 reaksi:
cantiknya yg nmbr 2
Jika saya diberi pilihan menentukan wajah kulit, cover yang ketiga pilihan saya; -:)
-------
Tak sabar menunggu Sungai mengalir lesu. -:)
Kepingin sekali melihat Salina diterbitkan Amazon Kindle store. :)
saya pilih yang pertama dan ketiga
Dah nak habis terbit, bro?
Blurb nombor tiga boleh jadi kulitbuku juga...
Post a Comment