header-photo

Durian 2.0...

Salah satu impian saya adalah mempunyai sebuah kebun durian...
Pada saya, tiada yang lebih indah (alam semulajadi) selain melihat buah-buah durian bergantungan...
...dan saya sedang baring atas "hammock" melihatnya...
Jangan risau, durian-durian dalam impian saya akan diikat begini supaya tidak menimpa saya :)

Durian 1.0...

Banyak cerita yang hendak disampaikan sebenarnya, tetapi biarlah ini menjadi pembuka sebelum yang lain menyusul...
Musimnya tidak seperti dahulu...saya memang "hantu durian" seperti kata Din tauke durian berbangsa Myanmar di Bandar Baru Ampang.
Jenisnya lain...D24 (dan D lain-lain), IOI, Kunyit, Musang King dan lain-lain (saya kira nama ini ikut pengusaha ladang durian).
Ini Musang King. Kini RM10 sekilo. Bila bukan musim harga tertinggi pernah saya tanya adalah RM32 sekilo. Dan dalam menikmatinya, saya sering teringat akan jenis-jenis durian dahulu seperti Tembaga ataupun Emas. Mana durian-durian ini sekarang? Atau mungkin namanya sudah ditukar?

Adam Azfar...

Beberapa malam yang lalu saya melawat anak seorang sahabat di hospital. Dia berumur hampir 6 tahun. Ada ketumbuhan di otaknya. Dia ada satu peluang sahaja untuk atasinya dalam dunia perubatan moden. Dengan wayar di merata, saya agak kaku. Melihatnya, terimbas beberapa kali pada Ali. Hidup saya tidak sama selepas itu. 
Doa buat anak Adam Azfar dan keluarganya. 
Saya hilang kata-kata bila mengenangkannya...

Maal Hijrah...

Maal hijrah ini saya doakan kebaikan untuk semua. 

Saya juga mahu ubah landasan dalam menjalani hidup ini.

Emak...

Aidil Adha lepas, saya bawa naskhah ini untuk disampaikan kepada emak...
Saya boleh nampak dirinya mula bersinar. Wajah emak menyatakan segalanya.
Alhamdullillah.

Ali Helmy...

Sudah lama saya tidak bercerita tentangnya. Banyak juga fasa-fasa dalam kehidupannya yang saya terlepas... 
Dari Barney dia beralih ke Ultraman. Kini dia lebih minat Spiderman day Ben 10.
Peralihan minatnya ketara dan mendalam - seperti biasa.