header-photo

Selingan

Ini Velvet - 8 tahun dan dia suka makan dan tidur (seperti saya).
Ini Chloe - 3 tahun. Dia suka mengintai jiran bawah yang sedang menjemur baju di balkoni (macam sesiapa yang suka jaga tepi kain orang).

8 reaksi:

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Helmy,

Hmmm..... nama-nama kucing saudara nama-nama urban.

Nama-nama kucing saya Rambutan, Tempoyak, Burok, Tompang, Belacan, Sum-Sum, Pungot, Setokin, Buang, Kopi, Ciku, Kutep, Cicak, Yatim, Manggis.... saya menjaga 36 ekor kucing buangan, masing-masing ada nama kampungan.

Emila Yusof said...

Dulu masa sekolah, saya ada dua ekor kucing bernama Ah Kit dan Ah Wai (sempena nama watak hero cerita Kantonis) tapi selepas seekor hilang dan seekor lagi dilanggar kereta, saya tidak lagi membela kucing hingga baru-baru ini. Kucing itu diberi nama 'At' oleh anak saya, singkatan daripada 'Cat'.

Helmy said...

Salam.

Puan Ainon: Kucing-kucing "balkoni" saya memang sengaja saya berikan nama urban. Saya sudah lama berkhayal tentang sebuah rumah dengan laman yang besar supaya kucing-kucing saya bebas beraktiviti...

Amy: Jaga si "At" tu, di apartmen kucing tidak dilanggar, tetapi mereka sering tersalah anggar dan jatuh.

Teringat kucing pertama saya yang bernama "Engkeng" sempena dia bengkeng hahaha

Emila Yusof said...

Salam.

At tinggal bersama emak saya bagi menangani masalah tikus yang bermaharajalela. Lagipun, At memerlukan tikar emak untuk berguling-guling, kasut emak untuk tidur dan laman emak untuk ehem-ehem.

afna-z said...

salam...
bang..kucing tu ada baby tak...?

Anonymous said...

Hi Chloe, are u looking for Benji or me??? :)

helmy said...

Salam.

afna: keadaan tidak mengizinkan kerana tinggal di apartment

marzie: chloe said,"Meowww..."

embun said...

saya ingatkan chloe juga meniru perangai tuannya.. ahaks!!