header-photo

ISBN

Tiap-tiap buku yang nak ISBN kena sertakan dahulu salinan kulit buku...betulkah???

Pitamlah saya kena berulang setiap kali nak terbitkan buku. Ingat nak kurangkan "red-tape", kini kena tambah pula...buang masa...buang duit turun naik...letak kereta...tol...minyak...jalan sesak...ishhhh...andai betul "unde-unde" baru itu, ada tak penerbit-penerbit yang nak buat surat bantahan? Kalau ada saya nak "join".

Mungkin sebab ini: PANTAU

13 reaksi:

sinaganaga said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sinaganaga said...

masa aku nak terbitkan AKB dulu, nak minta ISBN, kakak kat kaunter tu tak minta cover design pun....

undang2 baru ke?

ni yang blur ni.

Helmy said...

Salam.

Itulah yang diberitahu kepada saya ...arahan dari pengarah baru katanya...

Saya sedang bertanya kepada rakan-rakan dalam bidang ini...

annyss said...

Salam,

Sewaktu minta ISBN & CIP untuk Cinta Sangkuriang, saya kena submit semua sekali, iaitu kulit hadapan, halaman judul, credit page, dan halaman kandungan. Hmm.. apa lagi, itu sahaja kot. Design tak jadi hal kot, asalkan tak kontroversi, boleh saja berubah apabila sudah diterbitkan.

Itu yang saya lalui.

p/s : baru pulang dari hantar 5 naskhah wajib ke Pusat Bibliografi Negara :). Wira Bukit dah hantar?

ikhlas,
Nisah Haron
www.ujanailmu.com.my

Helmy said...

Salam Nisah.

Betullah kalau begitu. Alamat kena rajinlah naik turun nak minta ISBN...

WiraBukit sudah hantar.

Emila Yusof said...

Salam Helmy.

Eh bukankah selalunya awak hantar cover tu pada mereka?

Puan Ainon Mohd. said...

Maksud 'hantar' itu bukan di-fax-kan sahajakah?

Kalau unde-unde baru macam itu, teruklah PTS, sebab sebulan antara 20 - 30 tajuk baru dan edisi baru diterbitkan! Macam tak ada kerja lain pula.....

Helmy said...

Salam.

Amy: selalu sebelum ini kalau nak ISBN isi borang saja.

Sifu: "hantar" 5 naskah buku setiap tajuk yang dah siap cetak .

Puan Ainon Mohd. said...

Ooo... maksud saya hantar kulit buku bagi mendapatkan ISBN. Bukankah boleh di-fax-kan sahaja. Ataupun penerbit diminta pergi menghadap membawa sendiri book cover itu?

Helmy said...

Salam Sifu.

Baru balik...letih memandu kat Jalan Tun Razak tu.

Ini kes ISO dan PNM kena beli ISBN tu dan terdapat banyak penerbit yang ambil ISBN tapi tak guna - pembaziran...

Saya juga diberitahu kita boleh faks saja. Saya sempat lihat contoh yang diberi...di kertas bersaiz A4 ada penerbit masukkan hingga 8 imej buku...orang PNM kata tak kisah samada kulit itu kulit yang "final copy" atau hanya lakaran/gambaran awal...ikut syarat saja, tapi kena ada judul, nama pengarang dan penerbit. Saya lihat imej-imej dalam kertas yang di faks tu pun macam ala kadar saja...dan saya kesan, mereka pun macam tak selesa dan tidak begitu tahu prosedur sebenar. Penerangan "berlubang" sana-sini...

Haiiii nasib badan...

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Helmy,

Sdr perlukan seorang pegawai eksekutif bagi menjalankan tugas-tugas yang meletihkan tulang 4 kerat saudara itu.

Sdr perlu segera membesar, tak boleh macam sekarang lama-lama. Saya sudah bisikkan kepada Dato' A. samad Said mengapa WB perlu tambah judul setiap bulan. Nampaknya beliau faham.

Sdr patut fikir bagaimana WB boleh menerbitkan karya pengarang2 lain juga. Ini penting sebab DBP sudah uzur sangat prestasinya saat ini.

Diharap WB akan ambil alih peranan DBP dengan menjadi penerbit yang fokus kepada Sastera Melayu Tinggi.

afna-z said...

salam bang Helmy..
macam mana agaknya saya nak beli buku2 dari Wira Bukit?
ke Damansara mungkin?

Helmy said...

Salam afna.

boleh. Tapi kena call dulu bagitau awal2.