header-photo

rojak

Makan rojak tengah malam. Makan asam. Sakit pinggang. Mual. Muntah...
Isteri yang mengandung, aku pula yang mengalami ini semua?
Samada aku sayang isteri atau aku sudah tua?

Amaran: Blogger kena penjara!

11 reaksi:

Jiwa Rasa said...

Alahai...Rojak makanan kegemaran saya. Tengok foto pun dah kecur liur. Walaupun ada kawan terseksa lepas makan rojak..he he

Helmy Samad said...

Hah? JR pun suka rojak? Haaa ni mesti tahu "port" baik rojak buah kat penang dan ipoh...

Jiwa Rasa said...

Saya memang suka semus jenis rojak. Rojak buah, pasembor, pecal, kerabu dan yang seumpama.

Baru je nak tanya. Boleh kongsi tempat bagus di KL? Saya hanya tahu rojak Uptown & dulu rojak sotong di medan mara.. :)

Helmy Samad said...

Salam JR.

Rojak mamak dulu kat Ampang. Kini kat depan Shell Taman Tun dan depan Shell SS15 Subang Jaya (entah mengapa rojak depan Shell sedap).

Rojak buah paling sedap ada di Kangar (mak mertua sayalah hehehe). Kalau di KL susah sikit nak cari. Kejap kat sini sedap, esok lusa dah tak sedap dan begitulah. Tapi ada satu di Kelana Jaya (dekat 7/11) dan Penang Little Cafe pun oklah.

Safe bet still kat Uptown.

Jiwa Rasa said...

Best pula cerita pasal rojak ni...yum yum

Kedua-dua rojak mamak Shell tu saya dah cuba. Memang best.

Rojak buah paling best kat rumah saya yang suri buat... hehe. Marilah singgah.

Kalau singgah di R&R Bukit Gantang, belilah kuah rojak di situ. Memang sedap. :)

Helmy Samad said...

Salam.

Astaga JR...rupanya dah cuba rojak "Shell"!

Saya baru sedar, kita sajakah yang "gila" rojak?

Hehehehe

Anonymous said...

Bagusnya kalau semua suami yg mengidam, mual dan muntah ye. Huhuhu. Ringan sikit beban isteri. Kalau boleh tanggung sakit bersalin, lagi cun! Ahaks. Selamattt...

-Andura-

Helmy Samad said...

Salam Andura.

Berkenaan menanggung sakit bersalin itu...sebenarnya akan berlaku...pabila menerima bil...hehehe

Nazhatulshima Nolan said...

Salam. Saya pun peminat rojak. Sedapnya nampak.
Terima kasih ucapan ulang tahun untuk saya. Mungkin saudara pun menyambutnya dalam bulan Jan atau Feb. Selamat Hari jadi juga.
Satu soalan dah lama nak tanya,sebab saya hanya mengagak lepas tu terlupa nak tanya. Kalau silap maaf ya. Yang mengandung ni ex course mate saya ke(Daliey)? Andai ya, malunya... sebab tak tahu. Jika benar, kirim salam sekali lagi dan katakan 'welcome to motherhood'(saya hanya mengagak ini yang pertama). Dah lama tak berhubung dengannya , jadi saya hanya agak-agak bila baca blog ni.

Helmy Samad said...

Salam Shima.

Saya lahir awal Feb dan ya, Daliey - she's 7 month pregnant - anak pertama.

Akan saya sampaikan salam anda.

Nazhatulshima Nolan said...

Kenapa tak cerita masa pertama kali saya kirim salam? What a small world! Saya doakan Daliey dan baby sihat walafiat.