header-photo

Koperasi Gergasi...


Julai 2006, saya dihubungi oleh satu koperasi yang mahu memasarkan buku-buku Pak Samad terbitan WBSB. Sebenarnya saya tidak menaruh harapan yang besar kerana setelah berulang ke kedai buku koperasi beberapa kali, saya agak "kecil hati" dengan sikap pekerjanya - mereka lebih banyak duduk berborak sesama mereka, tidak melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat apabila ditanya (selalu bila terdesak akan memberi jawapan buku ada di stor/gudang/kilang - sila ke sana!) dan terkadang tidak berminat langsung melayan pelanggan!

Setelah berbincang, mereka bersetuju mengambil 5 naskhah setiap judul. Sebenarnya mereka mahukan atas "consignment basis" - yakni, akan bayar jika terjual, tetapi saya tidak menjalankan perniagaan begini dan menyuruh mereka menghubungi PTS (pengedar kami). Entah mengapa, mendengar PTS mereka terus bersetuju mengambil terus dari WBSB secara tunai.

Itu dalam bulan Julai 2006. Tadi saya suruh pekerja saya ke sana dan mengambil semula buku-buku kami. Satu perkara yang amat susah saya "tolerate" adalah tidak menepati janji.

Sesetengah perkara tidak pernah berubah...mereka masih fikir mereka gergasi...

3 reaksi:

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam,

Bang Helmy, minggu lepas saya sempat ke Dawama, Kuching.

Saya tanyakan buku2 karya SN Pak Samad. Penjualnya menjawab, "Hanya ini yang ada - dekat senarai Sasterawan Negara" .....yang hampir semuanya saya ada baca/miliki. "Pak Samad dah ada penerbitnya sendiri - Wira Bukit. Dawama tidak lagi mengedarkan buku2 beliau," sambungnya lagi. Saya sedikit agak kecewa...kerana di Kuching memang susah nak dapatkan terus karya terkini Pak Samad.

Sekarang, saya kena menaruh kepercayaan - memesan dengan wang pos (risiko tanggung sendiri)...semata2 utk dapatkan koleksi Pak Samad melalui Ujana Ilmu.

Armiza Nila

Helmy Samad said...

W'salam Armiza.

Benar Pak Samad ada syarikat penerbitannya sendiri, tetapi tidak benar dawama tidak mengedarnya lagi kerana ada 7 judul lagi di tangan mereka:

1. Sungai Mengalir Lesu
2. Di Simpang Jalan
3. Di Hadapan Pulau
4. Wira Bukit
5. Al-Amin
6. Hujan Pagi
7. Salina

Dari senarai ini hanya Hujan Pagi dan Salina diterbitkan bersama dengan Rhythm. Yang lain sepatutnya dijual di kedai dawama.

InsyaAllah buku-buku terbitan WBSB akan sampai sana sebaik dikenalpasti kedai-kedai yang berminat.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam,

Terima kasih atas info berkenaan bang Helmy.

Saya merasa bangga jika karya Pak Samad ada di kedai buku di Kuching. Mungkin di Complex Tun Jugah atau di Parkson Grand.

Cuba2lah merisik khabar. Miza akan cuba juga tanya pemilik kedai buku di dua tempat strategik itu, saya kira biarpun saya jarang ke sana.Tapi kerana keperluan mungkin saya akan selalu ke sana pada masa akan datang.

Armiza Nila - Kuching