header-photo

Hampir sebulan menyepi...saya mula menilai erti kehidupan ini...

Apabila saya memulakan fasa kedua pembangunan WB, saya disentak beberapa perkara. Seorang lagi sahabat telah “pergi” – dia hanya 35. Saya terlontar ke suatu alam.

Apakah ini sumpah hidup saya? Saya lihat seorang demi seorang pergi. Mereka jauh lebih muda dari saya. Malah antara yang ada, sayalah yang paling tua. Rasa begitu sepi...

Fasa kedua WB – menyediakan sebuah pejabat urusan untuk memenuhi keperluan perniagaan semasa dan akan datang. Saya yakin, masa depan WB sungguh cerah.

Dalam kesepian sahabat, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh. Semasa di Perlis beberapa minggu lalu, saya mendaki sebuah bukit di Batu Pahat. Saya tercungap. Hampir dipuncak, saya hampir pula pitam. Tiada siapa tahu. Ada sedetik saya rasa terlontar ke alam “tiada”. Sedetik saja. Saya diingatkan. Saya diberi masa. Saya sedar, sedetik itu nikmat sebenarnya...

Perjuangan yang sedang ditempuhi masih saya gagahi. Saya berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan moral dan material. Saya ingat arwah pakcik yang menzahirkan WB. Saya ingat isteri dan anak-anak yang selalu “ada” memberi semangat dan tenaga. Saya ingat bapak dan ibu. Saya ingat sahabat-sahabat – yang ramai tidak saya kenali tetapi kagum kerana mereka “percaya”.

Tadi, saya dapat tahu, kadar kolesterol saya tinggi. Saya tidak tahu samada doktor itu melawak atau apa bila dia kata dalam semua pesakitnya, sayalah yang paling tinggi kadar kolesterol “nakal”. Saya mahu percaya...dia hanya ada kurang sepuluh pesakit. Tetapi lawatan beberapa hari lalu membuka sebuah lagi pintu rahsia – bulan sabit di biji mata menyatakan samada kolesterol saya tinggi atau saya boleh diserang sakit jantung bila-bila masa. Darah diambil. Hari ini kolesterol yang nakal itu diketahui kadarnya.

Ah, saya mesti keluar...

Saya masih bersemangat! Dalam keributan menyediakan pejabat, dalam sepi kurangnya sahabat, dalam tersentak kesihatan yang tergugat, tidak sedikitpun saya lupa, kehidupan ini satu tanggungjawab. Selagi ada rezeki jantung bergetar...

Esok lusa entri Ali ya!

Minggu depan lihat pejabat WB!

8 reaksi:

Anonymous said...

semoga tuan sihat2 sentiasa.

dan moga WB berkembang maju.

Anonymous said...

WB dahulu bertatih
kini tapak-tapaknya maju
melaju menjulang darjat

WB akan terus ke hadapan
menjunjung bahasa
dan sirih adat

Miss Reen said...

smoga ankel sentiasa sehat untuk meneruskan perjuangan WB

emilayusof said...

Saya belum print lagi poster untuk WB. Bila nak adakan meeting?

Jaga kesihatan ya!

Anonymous said...

Salam,

Allah Yashfik...

Bro, take care, mannn...

Wassalam...

Anonymous said...

Salam
Siapa yang 'pergi' tu?

zawanbaba said...

Sabtu lalu, Pak Samad di DBP. Tapi saudara tak kelihatan pula-selalunya ada.

Anonymous said...

All good things must come to an end. :) Painful at first, but we all learn to accept there is no stopping the rules of the Creator.

Wira Bukit tak nak terbitkan sebarang hasil karya Ahmad Patria Abdullah ke? Rasanya dah bertahun mencari karya terbarunya. He is well-known for his Artakusiad saga, but I loved his short stories a lot.

Good luck in everything you do. :)