Mungkinkah saya berbuat begitu jika tidak kerana keluarga? Apalagi dengan kerusi yang empuk, pendingin, internet dan bebas ke mana saja... Sesetengah dilahirkan berjihad sepertinya. Tidak mungkin saya mengikuti jejaknya...saya cuma cemburu, tetapi berdoa atas kesejahteraannya. Terbaca di sebuah blog. Mengapa sesetengah manusia begitu tidak berhati perut? Berkata apa saja. Syak apa saja. Melayani hawa nafsu tanpa langsung mahu berfikir?
Syed Abdul Hadi bagai adik kepada saya. Semoga dilindungi dan dipermudahkan kerjanya. *Syed Abdul Hadi (kanan). Gambar-gambar di atas ehsan pasukan media Malaysia dan Syed Abdul Hadi.
Semasa saya di London setahun lalu, saya terpaksa masuk dan makan di sebuah kedai "donut" sekitar Oxford Street - jam 3 pagi. Paras gula saya rendah, saya berpeluh (walaupun suhu sekitar -1c) dan hampir pitam.
Saya agak terkejut apabila disapa seorang tua dan kami mula berbual. Dia berbangsa yahudi ortodoks - tuan punya kedai "donut" itu.
2009, satu permulaan yang tidak begitu baik buat saya.
Mengapa?
Saya sangat pegang pada "kata" - erti kata lain janji. Saya telah meletakkan Wira Bukit dalam situasi sempit kerana pegangan saya ini. Saya mahu mereka fahami, dalam perniagaan "janji" itu penting. Kepercayaan terbina dengan janji yang di kota.
Saya tidak akan meletakkan Wira Bukit dalam situasi sebegini lagi...percayalah.
“Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].
Di Atas Padang Sejarah
Antologi Puisi Perjuangan - Akan mula dijual akhir Februari 2013
Salina
Draf Akhir
Salina
Edisi Terhad
Salina
Naskhah Popular - kulit lembut
68 Soneta Pohon Ginkgo
RM40 Semenanjung Malaysia RM45 Sabah/Sarawak (Harga termasuk penghantaran melalui Poslaju) Setiap naskhah ditandatangani Pak Samad Emel: helmysamad@gmail.com untuk dapatkannya!