header-photo

Ingat lagi?

Masih ingatkah lagi Salmi Manja?
Karya-karyanya akan diterbitkan oleh Wira Bukit bermula tahun ini...

7 reaksi:

Shahrul Rock said...

Salina dan Daerah Zeni bila nak terbit?
Apapun, selamat maju jaya untuk WBSB.

Naimisa said...

Kerana saya orang baru (generasi baharu) jadi inilah kali pertama saya dengar nama Salmi Manja.

Oh, WB buat suatu yg bermakna untuknya. Tentu sekali.

rimanilzah said...

saya tunggu "langit petang". masih tunggu. ada beli dulu. dah dikebas org.

Emila Yusof said...

Ingat ya amat!

mxypltk said...

Salmi Manja itu ibu kandung Helmy bukan? Semoga beliau sihat hendaknya.

Sy juga menantikan 'Langit Petang', 'Salina' dan 'Daerah Zeni'.

Dah jumpa edisi lama 'Dareah Zeni' tapi itu buku terpakai budak sastera, penuh diconteng sana-sini, mana nak sama dengan Edisi Wira Bukit.

Bro, 'Janji' hanya manis di mulut. Rasanya dlm bisnes kena ada kontrak bertulis, baru panggil janji (entahlah agaknya lah). Kuatkan semangat Bro, jangan pernah tewas pada cobaan...

Ilham Ainol said...

salam kenal sdr Helmy,
saya merupakan salah seorang di antara ribuan peminat sastera Melayu,maka karya ayahanda Pak Samad senang didekati,dibaca,dikunyah dan 'disalin'.Buku-bukunya seperti Salina,Bulan tak Bermadu di Fatehpur Sikri,Ilham Di tepi tasik,Adik Datang,Hujan Pagi,Langit Petang,Cinta Fansuri,Dari Salina ke langit Petang, dengan mudah saya miliki dan baca.namun karya bonda Helmy,jarang saya temui cuma semasa kecil pada tahun 70-an sering mendengar drama radio hasil nukilan beliau yang mendamaikan dan jernih mengasuh saya menjadi 'begini'.saya masih mencari..dan dahagakan tunjuk ajar beliau...moga beliau dikurniai kesihatan dan sentiasa dilindungi-Nya...

zawanbaba said...

Saudara Helmi,

Saya punyai Daun-Daun Bergugoran
(1960) tulisan Pak Samad dan Salmi Manja.

Semoga Wira Bukit terus lestari.