Saya mula kenali Doberman bila saya berumur sekitar sebelas tahun. Waktu itu kami menetap di Taman Tan Yew Lai, Puchong.
Saya agak nakal waktu itu dan setiap petang selepas mengaji, saya akan "hilang" bersama Kamal - kawan baik saya waktu itu. Kami akan meredah bukit-bukit (baca "Bendera di atas Bukit" - A. Samad Said), menangkap ular hijau, mencari pokok ceri - buah masak dimakan, yang muda dijadikan peluru (untuk senapang lastik) atau hanya bersiar sekitar taman menaiki basikal Raleigh kami. Kami juga akan "turun" (Taman Tan Yew Lai di atas bukit) ke simpang masuk taman dan menikmati laksa yang sehingga kini masih belum saya jumpa dapat menandingi laksa Pakcik Man - arwah agaknya.
Namun kehadiran seekor Doberman milik jiran berdekatan mula mengganggu aktiviti kami. Entah mengapa tuannya sering melepaskannya bebas dan Doberman ini akan menyalak dan mengejar kami bila berkesempatan.
Saya sudah bosan dan kemarahan yang timbul memberanikan saya. Satu hari selepas saya balik mengaji, saya terserempak dengan Doberman ini. Dia memandang saya dan terserlah gigi-giginya yang tajam itu. Saya jadi marah waktu itu dan bertekad untuk menyelesaikannya. Saya mencabut sebatang kayu yang digunakan di kebun kecil hadapan rumah - haha saya dimarahi Makcik Zainab selepas itu kerana pokok kacang panjangnya sedikit rosak - dan terus menjerit dengan kayu di tangan (bila menonton Braveheart saya rasa Mel Gibson tiru saya). Doberman itu terus meluru macam peluru ke arah saya - ah rupanya dia terangsang! Saya pasti saya terkencing dalam seluar waktu itu, tetapi entah mengapa dan kenapa, hampir sedepa dia berhenti. Memandang saya sekitar 10-20 saat (tapi waktu itu saya rasa seperti 10-20 jam!) dan...dia pusing dan lari balik.
Itu kali terakhir kami lihat Doberman itu...
Kamal - Aku rasa kau ada powerlah Mi...
Aku - Betul ke?
Kamal - Mesti punya. Kalau tak takan anjing tu lari. Sampai la ni tak nampak!
Aku - Aku pun pikir gitu. Hari tu Tok Su ada baca-baca dan tiup kat kepala aku.
Kamal - Haaaa betul laaaa!!!
Hahahaha sebulan dua selepas itu baru aku tahu - mak aku kata Makcik Nab nampak kejadian itu dan jiran-jiran sepakat pergi mengadu kepada tuan punya anjing tu.....tapi aku tak pernah beritahu Kamal...
Tapikan, kenapa Doberman itu berhenti?
Toyota Celica – next gen confirmed, reveal next year?
26 minutes ago
3 reaksi:
saya selalu gunakan kata-kata
" binatang cerdik mcm anjing boleh baca isihati kita....kalau kita takut, dia lagi berani, kalau kita berani...dia tak akan buat apa²"
sbb dia cerdik..jadi kita kena lebih cerdik dari itu.
tapi tak berkesan pun...pernah Angah balik sekolah menangis² jauh sebatu sebab dikejar anjing!
Dia takut kalau dia pergi jauh-jauh nanti sesat. Agaknya.
Taklah, saya memang ada power! Haha...
Post a Comment