header-photo

Tazkirah...

Maaf saya jahil sikit tentang perkara ini.

Saya diajar agar tidak melewat-lewatkan solat. Lantas tertanya, mengapa sesetengah masjid menyelang-selikan takzirah semasa solat terawih? Tidakkah ini seperti melewatkan solat?

Harap yang lebih mengetahui menjelaskan tentang perkara ini.

3 reaksi:

relaxjom said...

Kalau setakat solat taraweh, mungkin tiada masalah.

Tapi kalau solat fardhu, aku pun pernah argue jugak...

aku tanya uztaz, ramai yg jawab solat isyak boleh dilewat2kan bila ada majlis ilmu mengikut kata ulamak ...

namun ada kisah yg aku baca, nabi S.A,W bila masuk waktu, memberhentikan ceramah dan terus smyg ...

aku pun kurang pasti mn yg lebih afdal ... pembacaan ku terhad.

kalau ada jawaoan boleh berkongsi


relaxjom

Ilham Ainol said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak sdr Helmy,

Saya juga pernah mengalami perkara sama 2 tahun lalu di Balai Islam taman perumahan kami di Segamat.

Saya tidak banyak tanya dan mempersoalkannya kerna menghormati pilihan AJK Balai Islam tersebut.

Akan tetapi saya membuat pilihan lain yakni bertarawikh di Masjid yang terletak 1 KM dari rumah.

Adakah saya telah membuat pilihan yang tepat dengan melarikan diri daripada 'masalah'untuk beribadah dengan tenang di bulan yang mulia ini?

Jom Tarawikh!

RocKeenRollLove's. said...

Salam Ramadhan.
Seorang ustaz semasa abih solat sunat tarawikh 8 rakaat telah menyampaikan sedikit tazkirah.. katanya solat tarawikh tu sunat , tazkirah tu wajib.kerana ianya menyampaikan ( berpesan - pesan.. ) & berdakwah. sambil dengar tazkirah..rilek2 .. ambik ilmu & Abih ajer timing yang diberi solat sunat witir di teruskan.
Kena sabar la dalam menerima pembaharuan kot!..