header-photo

Keamanan dan kejernihan...

Dulu saya diingatkan datuk serta ustaz-ustaz agar memberi tampilan yang terbaik semasa solat...

Saya ke masjid terkadang bagai ke majlis. Masalahnya, ada rakan yang menyindir, "Wah, kau nak ke majlis mana ni?" atau "Kau ni macam pengantinlah!".

Tepi masjid mengambil air solat bagai pesta air...

Dalam masjid, "Panjanglah pula khutbah," bisik hati dan fikiran melayang memikirkan apa menu makan tengahari atau bagaimana hendak dapatkan rezeki atau ke mana hendak menghabiskan masa hujung minggu hingga terbawa dalam solat...ditepis, timbul, ditepis, timbul...

Juga, selepas solat bergegas hendak keluar dahulu, takut tersangkut dalam kesesakan atau parkir menghalang jalan tetapi, "Alamak, siapalah curi kasut aku ni!"

Selepas menyumpah dalam hati, pandang kiri dan kanan, lantaklah, lantas kerap juga terus mengenakan selipar yang masih ada di tangga masjid...mencuri juga namanya dan tentu saja ada yang menyambung sumpah. Dan hari-hari berikutnya, jika ke masjid akan terpakailah selipar curi atau yang buruk-buruk saja.

Saya tertanya dan selalu tertanya mengapa ini berlaku. Walau ada yang berkata, bukan apa diluar, tetapi apa di dalam itulah yang penting, saya agak tamak, saya mahukan keduanya sekali. Namun, sepanjang perjalanan hidup, entah di mana dan bila, saya korup dan kini terfikirkan tentang perkara-perkara sebegini.

Saya cuma mahukan keamanan dan kejernihan jiwa setiap kali mengadapNya...bilakah? Mampukah?

10 reaksi:

Anonymous said...

Fitrah manusia itu memang mahu mencari jalan pulang.

Bangun solat malam minta diberi khusyuk dlm solat...

-ph7-

MARSLI N.O said...

Sdr Helmy: Susah hendak dapat benda-benda itu di luar, walhal di masjid pun. Saya kira carilah di dalam diri sendiri dan biar hanya menjadi urusan peribadi diri kita bersama Allah semata. Saya percaya itu dan beroleh banyak dengan cara itu. Mungkin Sdr Helmy bisa mencuba jika mahu. Wassalam.

Marsli N.O

S.K said...

salam, Big bro yang ku respek,
jiwaku lagi pokkai... T_T
nasib baik, ada DEBU mengunjungi permukaan hati...

mudah-mudahan, Ramadan terisi nanti...
Ramadan Mubarak, Bigbro...

wassalam.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam Helmy, lama tak bercerita.

Entri ini membuat saya terpana.

Saya masih bercuti panjang tapi tidak banyak waktu senggang mak berkarya.

Helmy Samad said...

Salam.

Maslina! Bagaimana anda kini? Harap Maslina sejahtera selalu.

Abang Marsli: Saya sering, sedang dan insyaAllah akan terus mencari.

SK: DEBU itu bagus kerana jika kita sedar kita akan membersihkannya. Bukan begitu? Haha :p

S.K said...

Bro ku yang keren selalu...
bak kata upindanipin,
butulbutulbutul!!! =D

hehe...

Lebih-lebih lagi, kalau yang menyinggah tu, DEBU suci, makanya, ada kesan suci yang dibawanya...

(selepas persembahan mereka di Singapura, dua non-Muslim mengucap syahadah...)

Ku hanya mahukan DEBU sekarang, besok, dan selamanya...
Sebab lebih baik berDEBU daripada kosong langsung...

Moga Ramadan bawa lebih banyak DEBU suci buat jiwaku yang pokai ni...

Wassalam...

zf_zamir said...

salam,

saya jumpa saudara di itnm tempoh hari, puas saya fikir di mana saya jumpa saudara..rupanya melalui blog, maka tak sempat berkenalan..

saya pernah berturut hilang + curi semula selipar2 selama 3 kali jumaat, hahah..

S.K Demam Debu said...

Bro, my DEBU online the whole of Ramadan!
http://www.tvone.co.id/
6pm, every day =D

Thank you for everything :)

Ramadan Mubarak! May this Blessed month bring more joy and happiness into your life towards His Path!
- dalam ketidakamanan, ada keamanan... dalam kehilangan kasut, pernah memiliki kasut terbaik kerana menyiapkan diri untuk menghadapiNya, bukan? :D Keamanannya disitu, bro! :D Bukankah mula niat buat itu kernaNya, dalam mencari kejernihan dan keamanan? Dia pasti mendatangkan kejernihan dan keamanan itu nanti! :D

Wassalam.

Sham al-Johori said...

Kanda Helmi,
Rindunya benar rasanya ingin mendengar lagu-lagu daripada 'Puisi Rindu Ibu'.
Insyallah, rindu dendam yang meronta-ronta di jiwa.
Salam ramadhan.

Helmy Samad said...

Salam Ramadhan buat saudaraku Sham.

Lagu-lagu dari antologi puisi Rindu Ibu sebenarnya ada sembilan dari tiga pencipta:

1. Meor
2. Taheerah
3. Az

Ini semua akan dikumpulkan dan mungkin saja ditambah lagi untuk menzahirkan cita-cita Pak Samad untuk membuat satu pementasan teater muzikal kanak-kanak Rindu Ibu.