Masa benar sudah berubah...
Dulu, sekitar 70an, saya kerap berbasikal ke kedai. Mak suruh beli sesuatu.
Tokey berbangsa Cina itu akan bungkus kotak tersebut dengan kertas surat khabar. Cara beli pun agak berhati. Suara perlahan kerana seakan ada rasa malu sedikit.
Tapi itu semua sudah berubah. Kini selalunya ambil dan letak dalam troli. Sudah selesai, bayar. Tiada nak sembunyi-sembunyi lagi.
Iklan di TV pun sudah berlambak...
Rasanya seperti sesuatu dari diri kita terhakis berdikit oleh masa tanpa disedari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 reaksi:
betul lah uncle. Dulu modes dijual dalam kotak. Dia bungkus pakai suwat kabau...!!
Dulu kecik2 masa kene beli , pelik gakss, apsal apek nie bungkus pakai suwat kabau???
hey,
kadang kala sebutannya di kaca tv pun sudah menampakkan kelucahan. pengertiannya pun terlalu details :)
tak perlu suluh untuk gali intipati sekarang ni
Maaf untuk berhujah sama, ini yang selalu saya 'bisingkan' tatkala menonton TV. Anak-anak perempuan dan isteri menjadi bebelan saya, bertapa tidak beradabnya manusia yang tamak haloba yang mementingkan laba semata tanpa rasa malu dan hormat kepada para wanita. Apakah mereka tidak punyai ibu atau kakak atau adik perempuan malahan isteri dan anak perempuan untuk dimuliakan?
Post a Comment