header-photo

Terajar...

Dulu menjadi ritual saya membeli nasi lemak dengan sepasang suami dan isteri yang menjaja dengan kereta buruknya di SS18 Subang Jaya setiap pagi sebelum ke pejabat.

Dia banyak mengajar saya secara tidak langsung...

Nasi lemaknya laris dan jika datang selepas pukul 9 pagi alamat kempunan.

Salah satu pengajaran...

Satu hari saya lewat ke pejabat kerana uruskan anak (Firdaus) ke sekolah. Waktu itu juga hujan. Jalan sesak walaupun sudah pukul 10 lebih. Dari jauh saya nampak kereta buruk pakcik itu masih ada. Saya berhenti dan bergegas dengan payung...

"Wah banyak lagi!" Sambil melihat lauk-lauk dalam periuk.
"Macam biasa encik?"
"Ya...," sambil terlihat berbungkus nasi di atas meja. "Banyak orang pesan pakcik?"
"Oh bukan. Ini nak sedekah."
"Sedekah?"
"Ya. Hari ini tak ramai orang beli. Mungkin sebab hujan."
"Rugi ya Pakcik..."
"Tidak, encik, tidak rugi bila bersedekah..."

Saya terajar...

4 reaksi:

Unknown said...

Saya terkesan...

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Saya pun terkesan.Semoga perniagaan mereka terus maju dengan amal bersedekah! Amin! Amin!

sambakar said...

Tanpa berburuk sangka, nilai-nilai murni 'bersedekah' dikalangan peniaga amatlah kurang, bahkan kita yang tidak berniaga juga kurang untuk bersedekah sekiranya ada baki wang sepuluh sen atau baki yang sen-sen tetap kita kutip dari penjual nasi lemak. Terfikir tak kita duit sen-sen itu kalau kita sedekahkan akan bercambah-cambah?
Maafkan saya kalau ada yang tersentuh rasa dan perasaan.

S.K CintaZeni said...

salam,

abangku yang baikbudi, sukar banget sekarang ni mendapatkanmu...
nak bagitau, kami akan kupas "68 Soneta Pohon Gingko" setiap bulan selama beberapa bulan, insyaAllah...
Do'akan segalanya berjalan lancar dan persuratan melayu di Singapura menjadi semakin baik dengan sumbangan Pak Samad itu :)))

Wassalam...