header-photo

Doa seorang bapa...

Semoga dia menjadi seorang insan yang berjaya dalam hidupnya...Selamat Hari Lahir Ali!
 Kasih seorang bapa hanya Allah yang Mengetahui.

Salina...

Sebenarnya sudah agak lama saya memikirkan tentangnya. Novel Salina dan mungkin beberapa karya lain Pak Samad mungkin agak sukar untuk diterbitkan oleh penerbit lain. Ada beberapa faktor sebenarnya dan saya tidak mahu menyatakannya di sini. Saya lebih senang ditanya apabila bersemuka.

Dan kerana kesukaran yang dihadapi, saya berkeputusan untuk menerbitkannya sendiri. Berisiko kerana saya perlu berhutang, tetapi saya percaya dengan produk yang mahu saya terbitkan ini. Ada beberapa perkara yang perlu saya selaraskan. Proses penerbitan Salina sudah bermula.

Semoga dipermudahkan...

Dari Salina & Ilham...

Harga kedua-dua buku ini:
RM30 Semenanjung Malaysia
RM35 Sabah/Sarawak
(Harga termasuk pos)
Setiap naskhah ditandatangani oleh Pak Samad
E-mel: helmysamad@gmail.com
untuk dapatkannya!
Dari Salina Ke Langit Petang
Esei / Autobiografi - 112 halaman - Kulit Lembut
Buku Dari Abad Lalu....

Dari Salina ke Langit Petang adalah satu-satunya buku saya yang tidak diulangcetak selama dua dekad. Sebagai sebuah autobiografi seni ia menekuni jalan awal saya ke dunia kesusasteraan sejak dekad lima puluhan abad lalu. Hampir tidak ada yang disembunyikan di sini sehingga jika seseorang rajin dan tekun menelitinya, ia akan sekali lalu dapat menyerapi dunia seorang sasterawan yang seniman dengan segala rahsia kehidupan dan seninya.

Dalam buku ini secara tekun saya cuba menjejaki kembali tapak-tapak awal saya meredahi ? dan kemudiannya melestarikan ? dunia kehidupan dan seni. Sejak awal seorang ibu menyuapkan nasi ke mulut anaknya dengan iringan kisah Batu Belah Batu Bertangkup membawa kemudiannya kepada anak itu sendiri mencari dan memilih pula bahan-bahan bacaannya, segalanya dirakamkan semesra mungkin dalam Dari Salina ke Langit Petang.

Banyak rahsia asas saya sebagai penulis tertumpah secara bersahaja dalam buku cornel ini. Apa yang memancing saya untuk masuk ke dunia sastera; siapa yang mempengaruhi ghairah seni saya; buku-buku apa yang mematangkan saya secara bertingkat; apa yang dapat saya timba daripada samudera seni dalam dan luar negara ? semua ini terhimpun secara santun dalam buku yang sangat sederhana ini.

Tidak ada satu pun yang dirobah ? maksudnya, kandungan buku ini terhidang seperti seasal abad lalu ia ditulis. Sengaja saya lakukan ini untuk mengekalkan segala jalur fikir, lebih-lebih lagi ragam langgam bahasa, sasterawan abad lalu. Kerana pengekalan semangat itu jugalah maka akan tersualah kita beberapa kesilapan fakta kecil (antaranya, masih diperkekal nama Zuraidah dan Yazid dalam manuskrip awal Langit Petang, padahal Zuraidah telah bertukar menjadi Zakiah, sementara Yazid pula telah mengambil nama Hafiz).

Yang penting rasanya ialah jelas sekali Dari Salina ke Langit Petang terisi dengan sebanyak pengalaman dan pengetahuan penting bagi para pembaca, khususnya bagi para penulis.

Selama dua puluh tahun buku ini terbengkalai secara "sia-sia". Kini ia mendapat nafasnya kembali. Dan memang pun saya berharap buku yang tertulis dalam abad lalu ini akan lebih bererti kepada pembaca dan penulis abad ini.

A.SAMAD SAID

Ilham Di Tepi Tasik
Koleksi Esei - 166 halaman - Kulit Lembut

Buku Ilham Di Tepi Tasik ini adalah koleksi esei terpilih A. Samad Said selepas Tangan Yang Simpatik, Tema Dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang) dan Antara Bulan Dan Wira.

Berbeza daripada antologi-antologi sebelumnya, Ilham Di Tepi Tasik ditangani dengan cermat, menghimpunkan esei-esei indah, bernas dan berisi.


Kali ini A. Samad Said tekun menyoroti aneka ragam dan sudut seni yang menyerlahkan keindahan dan misteri kehidupan seniman; menyerlahkan wajah dan hati sasterawan-sasterawan terpenting Cina dan Arab; mengamati sumbangan penulis-penulis penting tanah air, di samping menampilkan kisah-kisah tamsilan yang memujuk dan mengilhamkan.

Firdaus...

Ini Firdaus, anak saya yang sulung - abang Ali. Tak sedar bila dia jadi dewasa.
Sebagai bapa, saya tak dapat tahan diri dari merisik tentang kerja barunya itu.
Nasib dia ada masa untuk saya bila saya walaupun dengan notis spontan.
Bangga dengannya...masa berlalu sangat-sangat pantas...

Posisi...

Baru-baru ini saya buat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital. Darah saya perlu diambil. Saya phobia jarum. Semasa misi hendak cucuk, saya sedar posisi kedudukan saya agak tidak baik. Dia betul-betul hadapan.

Misi: Encik pandang apa tu?
Saya: Huh? Errr...maaf saya tidak boleh lihat jarum. Tiada tempat lagi nak lihat kecuali apa di depan.

Misi senyum

Misi: Tak apa.

Saya senyum. (Dalam hati, "Wow!")

Sebelum dia beredar..."Encik boleh tutup mata apa?"

Saya hanya boleh senyum. Benar katanya. Saya sepatutnya tutup mata. Mungkin posisi kedudukan saya sebenarnya baik...

Promoter Buku...

Hari saya yang ceria boleh saja jadi sebaliknya di sebabkan mereka ini. Hendak jual pakej pembelajaran bahasa pun tidak perlulah agresif sangat - hingga tahap paksaan.

Dan yang paling hebat, jika kita tak layan, mereka boleh keluarkan kata-kata seperti, "Encik tidak mahu anak encik pandai ke?"

Lebih-lebih hebat, mereka jual pakej bahasa Inggeris, tetapi BI mereka "fail".

Saya harap pihak yang menganjur sesuatu acara seperti PBAKL asingkan mereka ini. Letak di satu bahagian lain. Siapa hendak pakej pembelajaran bahasa boleh ke sana terus. Beri garis panduan kepada mereka. Lindungilah para pengunjung! Kenapa hendak dicampurkan bersama penerbit buku lain? Buatlah kajian wahai penganjur. Kasihanilah kami. Kita datang untuk lihat dan beli buku - masa kualiti bersama keluarga. Bukannya untuk diganggu dan diperkecilkan. Rosak "mood"! Dan bila ini berlaku, proses hendak beli buku terganggu. Jika ini berlaku, jualan akan terganggu. Penerbit lain teraniaya. Asingkan mereka ini!

Saya rasa penerbit-penerbit buku lain perlu protes juga kepada penganjur. Kami pelanggan anda!

Al Amin...

Nantikannya!
RM50 Semenanjung Malaysia
RM55 Sabah & Sarawak
Ditandatangani Pak Samad!

Kasih...


Tidak dapat aku lupakan saat-saat sebegini di mana seorang bapa mengenalkan dan memberi pengalaman yang berdikit kepada seorang anak. Semoga dia ingat dan mengabdikan saat sebegini.

Melankolik...

Setiap kali di waktu-waktu sebegini, dia baring mengenang peristiwa dan menilai diri. Bukan sesuatu yang indah sebenarnya, kecuali bila tiba anaknya muncul pada mata hati. Dia tersenyum.

Inilah waktu-waktu yang agak sukar bagi dirinya. Dia impikan yang baik-baik saja, tetapi itu hanya impian. Rasa di hati seorang bapa sangat kuat. Dia tercari bau anaknya itu. Dia cuba bayangkan tawa dan tangisan dan tentu saja boleh saja ramal aksi anaknya itu.

Inilah waktu-waktu jiwanya tersiksa. Anaknya itu jauh tetapi sebenarnya dalam hatinya. Tersimpan dan terkunci jauh. Ramai tidak faham dan itu sebenarnya tidak mengganggunya. Ini jiwanya. Hidupnya. Dan anaknya itu sebahagian dari kedua-duanya: Jiwa dan hidupnya.

Sering hatinya bertanya, "Sampai bilakah?" Tiada jawapan. Hidup benar tidak mudah. Terutama buat dirinya di waktu-waktu begini...

-bersambung-

Bilik ini...


Setiap kali dia ke sini, aku rasakan dia rindukan rumahnya. Seperti anak yang baik, dia cuba untuk menunjukkan bahawa dia selesa, tetapi tidak sebenarnya. Bilik sekecil ini sebenarnya penjara bagi seorang anak berumur empat tahun. Dia bukan dirinya yang sebenar setiap kali berada dalam bilik ini. Aku tidak mahu dia begitu. Dia berhak kepada sesuatu yang lebih. Dia berhak kepada siapa yang dia lebih sayangi.

Hakikat, pedih, duka dan siksa, tetapi yang benar tetap benar.

Aku merinduinya, tetapi aku tidak mahu dia begitu.

Lebih baik begini.

Aku terima.

Emel percuma...?

Inilah salah satu sebabnya mengapa aku tiada keyakinan atas pemerintah...

"All Malaysians who are 18 years old and above will be assigned an email account each in order to receive statements, bills and notices from the Government."

http://bit.ly/eMTiav

Emel percuma tapi kosnya RM50juta duit siapa? Kos penyenggaraan tiap tahun siapa bayar? Adakah kita akan di spam dengan program-program atau tawaran-tawaran atau propaganda?

Ini tweet Tuan KJ:
Khairy Jamaluddin
Here goes. *runs* RT etp_roadmap: 1Msia Email is private sector-led initiative by Tricubes, with investment from the company & NOT the govt.

Jadinya "...in order to receive statements, bills and notices from the Government." Tidak dibayar kerajaan atau ada peratus yang diberi? Data-data peribadi rakyat yang sewenangnya diberi kepada syarikat itu apa? Kata rakyat aset, kenapa beri begitu saja? :p

Ini tweet YAB PM kita sebelum dia tidur:
Mohd Najib Tun Razak
Before I sleep , let me clarify that the 1Malaysia E Mail is a private sector project. No public money is involved n entirely voluntary.

Berbeza bukan dengan:
"All Malaysians who are 18 years old and above will be assigned an email account each in order to receive statements, bills and notices from the Government."

Inilah yang kita panggil "screwup". Cukuplah, jangan ingat rakyat bodoh dan boleh dipermainkan. Berkhidmatlah dengan jujur, ikhlas dan telus untuk rakyat.

Protes di sini




Cinta...

Cinta itu pengorbanan...

Durian...

Musimnya kembali...


Setelah beberapa minggu mengelak, akhirnya saya kecundang.


Durian "Musang King" ini RM9 se kilo.
Saya tewas di gerai durian tepi jalan kawasan Pandan Jaya.
Malam ini tentunya panas, tetapi siapa peduli bukan bila impian dipenuhi.

Keledang

RM25 Pos Biasa Semenanjung Malaysia Saja
RM28 Poslaju
RM30 Pos Laju Sabah/Sarawak

Email: Helmysamad@gmail.com
171 mukasurat - Kulit Keras
Ditandatangani oleh Pak Samad.
Novel Keledang - Keledang mengisahkan mengenai pengalaman getir dan cemas - tapi penuh harapan - sekumpulan penduduk kampung yang terjebak dalam cengkaman penjajahan Jepun.

Bersamamu...

Aneh, jika aku boleh menulis semula sejarah hidupku ini, aku pasti akan mengulangi kebanyakkan perkara yang sama - terutama bila bersamamu.

Setia...

Hujan yang turun
segarkan semula yang layu
bawa pergi segala debu
dan aku masih setia padamu.

Cinta...

Cinta, tidak pernah buta.

Yang buta hanya hati.

Kecelakaan...

Aku datang dari pengalaman yang menyatakan bahawa wang itu raja. Wang itu boleh membina dan tentu sekali boleh merobohkan apa yang terbina. Wang itu juga boleh meletakkan seseorang di tempat yang tinggi atau sebaliknya.

Kita di zaman logik. Kita dikabui nafsu. Manusia beli manusia dan akhirnya cuba beli kebahagiaan. Baik dari silaturahim hingga ke perkahwinan. Dan akhirnya bila semua dianggap boleh dibeli, jika terhadang sedikit atau melalui jalan yang sukar, kita buang - seperti material yang rosak, bukan cuba baiki kerana itu jalan yang mudah.

Itulah kecelakaan yang entah mengapa kita cari...

Orang kayangan...

Terus-terang, aku tidak memandang tinggi sangat akan pemerintah. Mereka bangga heboh dengan pencapaian, tetapi salahkan yang lain bila gagal.

Sebab itu aku kritikal dengan pemerintah, dulu, kini dan selamanya.