header-photo

Rezeki Halal...

Saya tidak dapat mengelak dari mendengar perbincangan mereka yang duduk bersebelahan meja saya - mereka sangat "loud".

Merka ini bincangkan soal projek. Projek apa saya tidak tahu. Dalam pada itu timbul pula soal rezeki yang halal.

"Bukan apa, kita cari rezeki yang halal".

Tunggu...

Sebelum ini bincangkan soal projek. Seorang kata dia kenal orang dalaman. Seorang lagi kenal Pak Menteri.  Selepas itu kata untung besar...10%...BMW X6...Bali...

Sepahit kopi yang saya minum ini, pahit lagi apa yang telinga saya dengar. Ada sesuatu yang tidak kena dengan manusia zaman sekarang bukan?

5 reaksi:

Kujie said...

pilih yang sesuai untuk kenyang diri sendiri

Ilham Ainol said...

salam.kita hanya boleh terus menelan 'kopi' pahit itu atau membuangnya ke dalam parit atau minta teh tarikh pulak...

Anonymous said...

kalau itu dianggap rezeki halal, yang tak halal macam mana le gamaknya....



~seri mersing~

Anonymous said...

manusia zaman akhir zaman....

Anonymous said...

jgn dihalalkan yang sememangnya haram..minta dijauhkan...