header-photo

Pemandu...

Saya sedar perkara berikut bila memandu sekitar Lembah Kelang...
...jika ada yang memandu perlahan di hadapan, saya akan merungut seperti lembab atau "terhegeh-hegeh". Jika ada pemandu yang "memotong" kenderaan, besar kemungkinan dapat gelaran "gila!"
Tidak mudah bukan citarasa manusia ini :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri V...

Dalam kehidupan saya ini, salah satu rasa-rasa paling dominan adalah...
...dan saya baru mula hendak berhari raya...

Mini Kebun 2.0...

Ini pokok "Sambung Nyawa". Sangat baik untuk darah tinggi. Juga baik untuk apa-apa yang terseliuh, retak, patah atau luka - baik untuk hentikan pendarahan...
...ini pula Aloe Vera. Jika terkena apa-apa yang panas sangat baik disapukan...
Boleh sesiapa beritahu apa lagi keistimewaan pokok-pokok ini?

Mini Kebun 1.0...

Mini kebun...
...ada dua jenis belimbing...
...sangat mengalu-alukan sesiapa yang hendak :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri IV...

Saya sedar kali ini Kuala Lumpur tidaklah lengang sangat semasa Hari Raya Aidilfitri...
...juga kalau dilihat pada kenderaan yang ada di jalan raya, saya tertanya mengapa tidak banyak yang pasang bendera untuk sambut hari kemerdekaan?

Selamat Hari Raya Aidilfitri III - Cerah & "Tan"...

Saya berbual dengan seorang teman semasa dalam kereta tentang sifat manusia yang tidak pernah puas hati. Contoh paling ketara adalah orang-orang di dunia sebelah sini hendak jadi cerah/putih lantas berlambaklah produk-produk untuk mencerahkan/memutihkan. Dan di dunia sebelah sana mereka hendak "tan"...
...nasiblah saya ini cerah. Emak kata saya lahir semasa bulan mengambang...haha :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2.0...

Selepas balik dari rumah emak, saya duduk minum di sebuah kafe mamak di Bangsar dengan Rahmat. Saya pandang dia. Dia pandang saya. Saya tahu dia teringatkan keluarganya - emaknya lebih tepat. Saya pula teringatkan anak-anak. Cakap-cakap kosong kami akhirnya dicelah seorang pembantu kafe itu. Saya kira dia warga Bangla yang bertanyakan tentang fitrah...kami balik ke rumah selepas itu dan besar kemungkinan masing-masing tidur selepas layari laman maya seketika.
Saya akhiri hari dengan ini - menonton. Saya pasti ceritanya hebat, tetapi fikiran dan rasa saya sebenarnya melayang-layang ke tempat lain. "Ini bukan caranya merayakan sesuatu," bisik hati. Saya tahu dan sebab itulah saya juga teringatkan satu perkataan Rahmat petang tadi (petang Raya)..."Loser"... dan jiwa saya pun melayang-layang ditiup dimainkan bayu yang sayu...


Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Saya rasa sayu tiap kali Shawal tiba...kali ini masuk tiga Shawal tidak bersama...
...tetapi saya redha dan tersenyum kerana dia gembira - dalam kehidupan tidak semuanya manis.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.
(Kepada yang memandu, mohon berhati-hati dan sabar.)

Beriani Pak Anjang...

Tadi agak bertuah. Saya dijemput berbuka puasa oleh seorang sahabat. Menunya mudah! Nasi Beriyani Briyani Bariani Beriani Pak Anjang di Seksyen 13 Shah Alam.
Memang sedap, tetapi saya hanya beriani berani makan Beriani Ayam - Beriani Kambing terpaksa ditolak - diet.
Ok selesai. Syukur alhamdullillah kenyang hingga kini.
Kanan Bro Shahrul yang belanja - Terima kasih bang! Kiri Bro Uthaya. Kami sibuk berbual tentang projek mega kami :)

Lalai...

Saya bawa dia keluar hari ini sebelum dia balik berhari-raya di kampungnya. Seperti biasa kami akan ke tempat dia bermain bola - taman kanak-kanak tertutup di 1UT. Waktu itu tiada orang. Jadi saya tinggalkan dia untuk cari makanan berbuka - kawasannya tertutup dan dijaga..
Sekembali, saya dengar ada anak yang menangis. Saya tercari-cari Ali. Ada seorang bapa sedang mendukung anak perempuan sekitar tiga tahun yang menangis. Ibunya di sebelah memujuk. Ali bermain terlalu kasar. Nasihat saya, jika ada anak yang istimewa, ia perlulah pengawasan. Dalam perkara ini saya bersalah. Naluri seorang bapa memang mahukan anaknya belajar berdikari. Saya terlupa dia anak istimewa (ADHD). Saya mohon maaf kepada bapa dan ibu kepada anak perempuan itu. Juga kepada anak itu sendiri...dan juga pada Ali kerana kelalaian saya.
Apa pun seperti kebiasaan, saya tahu lebih seminggu yang akan datang pastinya ia satu masa yang sangat sunyi buat saya.

Jemput...

Jemputlah hambaMu ini wahai Penciptaku...
...dan luluhkan segala keduniaan buatku.

Lopes...

Hari ini Ramadhan ke berapa ya? Terus dan terang saya sebenarnya tidak mengira, tetapi saya dapat rasakan kita sudah berada di penghujungnya - ya, Shawal sudah nampak sipi-sipi mengintai sebab di mana sahaja, kompleks membeli dan belah, Jalan TAR, "Uptown-uptown" sesak.
Gambar Ali dengan lagak "Matrix" tiada kena-mengena dengan entri ini.

Apa yang saya hendak cerita adalah tentang lopez lopes - kuih lopes. Ini kuih kegemaran saya dalam bulan Ramadhan. Sering saya berbuka dengannya. Namun, kali ini agak lain sedikit. Selama berpuasa kali ini saya belumpun menjamahnya. Kuih ini paling sedap - dalam pengetahuan saya - terdapat di dua lokasi. Satu di Subang Jaya dan satu lagi di Kampung Pandan. Di Subang Jaya hanya boleh menempah - hari ini tempah, esok lusa ambil. Di Kampung Pandan boleh dibeli di gerai berhadapan masjid - satu ikat RM2. Ada tiga lopes. Di kedua-dua tempat ini lopesnya dibalut daun...errr...entah, perlu tanya emak :)

Hari ini akhirnya, insyaAllah saya akan buat pertama kalinya dalam bulan puasa kali ini membuka puasa dengan lopes. Alhamdullillah, syukur.

Apa yang ingin disampaikan sebenarnya adalah, sesetengah perkara tidak selamanya begitu atau sama. Bila tiba masanya atau janjinya maka berubahlah. Pastinya Ramadhan kali ini tidak banyak, sedikit pun akan mengubah cara hidup kita. Persoalannya, perubahan yang baik atau tidak?

Cerita sahur...

Dari mula puasa (ramadhan kali ini) saya mula tanak masak nasi untuk bersahur. Menunya ringkas. Nasi, kicap dan ikan kering atau telur goreng atau ikan bilis. Begitulah.

Ada orang kesian kasihan, "Nasi dan ikan kering saja campur kicap?"

Jangan salah anggap, saya memang senang begini. Nasi panas, kicap dan ikan kering memang membuka selera. Saya boleh cerita panjang tentang diet sebegini, tetapi ini bukan kisahnya.

Kisahnya bermula semalam, sekitar jam 4.00 pagi. Saya mula masak nasi. Beras dibasuh (beras basmathi tahu!) dalam periuk yang dipinjam dari pereka bentuk (designer lah) buku-buku terbitan syarikat saya yang tinggal sepelaung..ok, mungkin dua pelaung. Setelah puas dengan kebersihan beras dan paras air, saya letak atas tempat masak dan kembali buat kerja sedikit.
(Tidak, ini bukan nasinya. Ini hanya gambar hiasan - sejenis minuman buah yang hebat di Mekah.)

Sekitar jam 5 pagi saya terperasan, kenapa senyap dan tidak ada bau nasi?

Mungkin saya rasa amal ibadah saya terlalu marveles hebat pada ramadhan kali ini, tetapi ketahuilah, lain kali jika hendak masak beras Basmathi yang dibasuh bersih-bersih siap dengan sukatan air yang diamalkan temurun dalam periuk yang dipinjam dari pereka bentuk buku, perkara akhir yang paling penting sekali adalah, nyalakan api pada tempat masaknya itu ya. 

Sudah. Saya sudah lepaskan apa yang terbuku dalam hati. Sahur pagi ini, roti dan serunding daging .

Bukan apa, beras yang dimasak tadi separuh masak pula...gas habis :p

Pilihan...

Nabi Muhammad  s.a.w diberi pilihan antara segala kekayaan dunia dan kekal dan kemudian masuk syurga atau bertemu Allah dan kemudian masuk syurga...Baginda memilih untuk bertemu dengan Allah dan syurga - hatinya dipenuhi rasa cinta kepada Allah...
...dan kita?

"Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya.
Amin.

Lewat...

Terkadang kita ternanti-nanti sesuatu itu bagai tidak kunjung tiba...akhirnya tiba, tetapi selama menanti itu pelbagai rasa yang berlabuh...
Pesan datuk, solat jangan dilewat-lewatkan. Malah perkara-perkara yang baik perlu tidak ditangguh. Bukan apa, sangat ditakuti Allah melewatkan juga.