header-photo

13.13.13...?

Saya kira 12.12.12 adalah penutup selepas 01.01.01, 02.02.02, 03.03.03...

Saya kira juga selepas ini jika hendak berkahwin pun semakin mudah memilih tarikh - agaknyalah. Namun, sifat manusia ini memang lebih terjurus kepada menyusah diri. Jadi mungkin juga tidak begitu.
Apapun, saya tidak mengira sangat angka-angka ini - mungkin juga sebab angka umur pun boleh tahan banyak. Apa yang penting buat saya adalah pengisian dalam saki-baki hidup ini. Angka tentu sahaja ada makna dalam usia - pengalaman. Itu pun bagi yang mahu belajar atau bernasib baik terpilih untuk diajar. Belajar atau diajar pun jika tidak praktik tidak berguna - rugi.

Selamat buat semua. Semoga Allah tidak lupa dan terus pelihara kita semua. Ya, peace!

Romi & Juli 14.0...

Wanita akan "naik gila" jika lelakinya jawab sepatah-sepatah dari soalannya ...

- WhatsApp -
Juli: Awak, hari ini buat apa? Jom kita gi Pavi...
Romi: Ok...
Juli: Kita nak makan apa kat Pavi ya? I rasa-rasa nak sangat makan Teppanyaki...
Romi: Ok...

- Dalam kereta -
Juli: Awak, ok tak tudung saya ni?
Romi: Ok...
Juli: Kena tak dengan baju ni?
Romi: Ok...

- Di Pavi -
Juli: Awak, saya nak masuk kedai ni dulu...
Romi: Ok...
Juli: Sedapnya teppanyaki sotong saya ni. Beef awak sedap?
Romi: Ok...
Juli: Awak ni dari tadi ok, ok, ok! Cubalah cakap banyak sikit!
Romi: Ok...
Juli: Eeeeeeeeeeeeeeeeeeee


Perjuangan...

Prosesnya bermula beberapa bulan yang lalu. Kerja-kerja desain bermula minggu lepas. 
Ini hanya draf awal dari idea-idea yang sedang cuba direalisasikan oleh pereka.
InsyaAllah akan terbit Januari 2013.

Lukisan...

Saya mula jual koleksi saya awal tahun ini untuk kutip dana penerbitan Salina. Beberapa individu membelinya dengan spontan dengan ramai individu yang mahu/janji tetapi selepas itu senyap/lesap.
Dalam gelisah dan perit saya menanti dan akhirnya menerima hakikat. Tidak, saya tidak kecil hati - lagi. Ini biasa-biasa sahaja dalam dunia saya ini.
Koleksi lukisan/lakaran Pak Samad ini masih saya jual - kini RM750 satu dan besar kemungkinan akan naik ke RM1,000 tidak lama lagi. Ada koleksi yang lain denagn harga yang lain.
Koleksi-koleksi ini boleh dilayari di www.wirabukitonline.blogspot.com dan www.kataluhur.blogspot.com. Hasil jualan digunakan untuk dana penerbitan buku :)

Boleh e-mel terus kepada saya untuk "private viewing".

Disember...

Disember ini saya agak sibuk. Selain dalam proses menerbitkan beberapa naskhah Pak Samad, saya juga mahu keluarkan beberapa kemeja T dengan puisi-puisi ringkas Pak Samad. Ini seakan value added tambah nilai pada naskhah yang diterbitkan.
Terima kasih kepada Salina yang kembalikan semangat saya menerbitkan buku dan juga beberapa individu yang menyokong langsung dan secara tidak langsung.

Doakan kejayaan saya ya :)

*Gambar naskhah Daun-daun Berguguran oleh Tuan Nazwan.

Anak...

Tiap kali aku lelapkan mata, kau hadir memimpinku ke alam rindu.
Anak, doa seorang bapa, agar kau jadi sebaik-baik insan di muka bumi ini dan berada dikalangan mereka yang beruntung dunia dan akhirat. Amin.

Baik-baik sahaja...

Tidak dinafikan, dalam kehidupan, kita lebih mengingati perkara-perkara yang buruk dari yang baik. Dalam hal saya, sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini saya bergelut dengan rasa-rasa negatif dan amat merasai bahawa manusia itu kejam dan tidak berhati. Saya rasakan dunia menentang saya. Jadi saya lebih menyendiri dan elak dari masyarakat. Kebaikan menyendiri ini jika bernasib baik adalah kesedaran bahawa dunia ini tidak begitu. Ada insan-insan di luar sana yang tidak kejam. Saya mula berfikir dan mencari insan-insan ini dalam sejarah hidup saya dan benar, ramai yang saya temui. Saya amat rasakan bahawa dunia ini dicorakkan oleh kita dan akal yang ada itu perlu - fikir yang baik-baik sahaja (fikiran positif) dan rasailah sendiri dalam hati.

Ini yang saya lalui beberapa bulan lalu - hingga kini. Saya jumpa ramai insan-insan yang hebat. Saya berterima kasih dan syukur. Manusia dilahirkan baik dan saya pasti jika kita selak-selak helaian diari kehidupan, pasti akan terjumpa dan bila begitu alangkah baiknya jika kita terus begitu.

I'm so dead...

Sedang santai (sebenarnya demam) atas tilam, saya terfikir satu senario...

Saya WhatsApp dan BBM rakan-rakan - minta tolong. Apa yang saya terima adalah beberapa rakan bertanya mengapa - sekali. Yang lain senyap. Tiada jawapan mahupun telefon bertanya.

"I'm so dead!" bisik hati.

Jadi saya bayangkan jika saya diserang sakit jantung atau lelah yang melelahkan atau patah kaki atau terjatuh bilik air - maklum usia begini - apa jalan terbaik buat saya. Senario ini ditambah pula dengan henfon yang tiada kredit.

Saya seorang yang suka mengusik, jadi mungkin ramai yang fikir saya berseloroh. Perlukah saya ubah? Itu yang saya fikirkan.

Mungkin juga saya perlu pastikan kredit henfon saya sentiasa cukup.

Namun jalan terbaik yang dapat saya fikirkan adalah...bersedia untuk mati.