header-photo

Baik-baik sahaja...

Tidak dinafikan, dalam kehidupan, kita lebih mengingati perkara-perkara yang buruk dari yang baik. Dalam hal saya, sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini saya bergelut dengan rasa-rasa negatif dan amat merasai bahawa manusia itu kejam dan tidak berhati. Saya rasakan dunia menentang saya. Jadi saya lebih menyendiri dan elak dari masyarakat. Kebaikan menyendiri ini jika bernasib baik adalah kesedaran bahawa dunia ini tidak begitu. Ada insan-insan di luar sana yang tidak kejam. Saya mula berfikir dan mencari insan-insan ini dalam sejarah hidup saya dan benar, ramai yang saya temui. Saya amat rasakan bahawa dunia ini dicorakkan oleh kita dan akal yang ada itu perlu - fikir yang baik-baik sahaja (fikiran positif) dan rasailah sendiri dalam hati.

Ini yang saya lalui beberapa bulan lalu - hingga kini. Saya jumpa ramai insan-insan yang hebat. Saya berterima kasih dan syukur. Manusia dilahirkan baik dan saya pasti jika kita selak-selak helaian diari kehidupan, pasti akan terjumpa dan bila begitu alangkah baiknya jika kita terus begitu.

0 reaksi: