Sudah hampir seminggu. Bila imbas kembali, memang saya begini setiap Ramadhan: Hilang selera. Berbuka dengan air dan kurma sahaja dan lewat malam baru tercari apa yang mahu dimakan - ini pun susah dan selalu berakhir makan yang bukan-bukan. Namun, saya adalah saya. Jadinya tiada apa yang aneh atau memeranjatkan.
Sebut tentang aneh, saya terperasan, semakin usia Ramadhan terhakis, semakin kerap saya lihat wanita-wanita mula memasak. Ini jelas jika kita layari mukabuku. Mengapa? Banyak dalam kepala, tetapi apa dalam kepala lelaki tidak serumit wanita - pengakuan ikhlas. Anda boleh baca apa dalam kepala lelaki. Mudah! Wanita? Misteri.
Jadinya saya di sini duduk menulis entri ini. Sesekali hisap "straw" kopi ais. Selang hisap rokok. Dalam kepala mencari menu-menu yang boleh mendatangkan selera dan ini tidak dapat lari dalam pencarian itu: Siput Sedut Masak Cili Api.
Mana hendak cari?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 reaksi:
Post a Comment