header-photo

Kopi Susu


Saya ke PTS petang tadi dengan dua bekas "cafe latte".

Tujuan, merapatkan lagi silaturahim, mengenalkan produk baru WBSB, mencari maklumat yang berguna dan menimba ilmu.

Saya tidak pernah kecewa (lagi) apabila duduk bersama Encik Zaharin selama ini. Dan, rupanya dengan sebekas "Cafe Latte" (ini kopi susu saja kalau di gerai mamak) Encik Zaharin lebih bertenaga (mungkin dirangsang kafeina) dan banyak maklumat berguna serta "tips" yang saya perolehi.

Melihat PTS, saya bangga dan kagum ada sebuah syarikat penerbitan Bumiputera sebegitu. Ia bagai sebuah ladang yang dahulunya dibuka dan kini tumbuhannya (saya bayangkan durian!) sedang membuahkan hasil. Ini balasan "mereka" yang benar ikhlas dalam usahanya! Anehnya, mereka tidak lokek ilmu, mahu berkongsi maklumat dan mereka terus berkembang - ya, saya lihat stor yang ditambah nilai ruangnya itu!

Saya seorang yang suka berangan dan saya sudah dapat bayangkan bagaimana PTS sepuluh tahun dari sekarang...saya doakan apa yang saya bayangkan itu menjadi realiti. Amin...

Oh ya, saya dapat membekalkan buku DSKLP kepada PTS dan akan/sedang bekerjasama dalam beberapa projek buku...bawa dua bekas "cafe latte", dibalas sebegitu lumayan...alhamdulillah!

Nota: Ini bukan "kipas" (lagipun mereka tidak memerlukannya), ini entri hasil kunjungan-kunjungan saya ke PTS selama ini dan mungkin juga "cafe latte" tadi merangsang...

5 reaksi:

Puan Ainon Mohd. said...

Jom minum kopi di Janda Baik. Isteri Tok Batin Yat boleh carikan tongkat ali segar buat perisa! Lepas minum, aduhaiiii....

Unknown said...

Salam.

Ishhh Puan Ainon ni...bab tongkat ali itu bisik sajalah...

Anonymous said...

Sdr Helmy, (saya bisik ni...)

Tok Batin Yat sudah beri saya kursus mengenal tongkat ali. Ada 2 jenis. Satu akarnya hitam. Kaum Asli Temuan suka yang jenis ini. Dipanggil tongkat ali jantan. Susah nak jumpa.

Satu lagi akarnya putih. Kata Tok Batin Yat, yang jenis ini dipanggil tongkat ali betina. Jenis ini banyak dalam hutan. Powernya kurang sikit!

Kata Tok Batin lagi, orang Melayu selalu terpedaya sebab mereka tak ada ilmu mengenal tongkat ali.

Puan Ainon Mohd. said...

...yang bisik di atas itu saya tu... Puan Ainon. Leceh betullah, nak kena ingat password pulak! Saya dah lupa password saya.

Unknown said...

Salam.

Hehehehe...Puan, saya perlu bertemu dengan Tok Batin bila saya ke singgahsana puan...