header-photo

Kepahitan kopi &...kehidupan.

Pagi tadi saya ke Ikea hendak mencari bingkai. Saya sampai awal - dalam pukul 9.30. Stor belum buka, tapi kafeteria buka.

Tahukah anda kopi diberi percuma sebelum 10 pagi di Ikea? Saya tersenyum. Percuma! Dan boleh "refill". Percuma!

Dalam menikmati kopi percuma yang pahit, saya dapat tahu satu perkara. Terasa seperti diperbodohkan dan dikhianati. Dalam dunia perniagaan ada rasa pahit dan manis. Hari ini saya rasa pahit. Lebih pahit dari kopi yang tidak bergula ini.

Tidak mengapa, lain kali saya tidak ikut jalan ini lagi.

Sekurangnya ini manis....

5 reaksi:

ainon mohd said...

Apabila bercerita, jangan separuh-separuh, Tuan Helmy! Tidak seronoklah...

Helmy Samad said...

Salam Ibu.

Saya suka bercerita "penuh" bila bertentang mata...dan ada kopi...heheheh

s.k singapor said...

Salam...

Saya buat kesimpulan sendiri waktu baca :p
Saya terpikir yang kopinya memang percuma tapi pahit... sebab percuma, jadi, tak diletak gula... itulah kepahitan dunia perniagaan yang dirasakan... =D

Entahlah. Ada-ada saja imaginasi saya ni!
lol.

Yang sedang tersenyum tu memang terlalu manis!

Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad...

Wassalam.

sinaganaga said...

Nyampah. Bila ntah nak minum kopi bersama-sama.

Helmy Samad said...

Salam.

Saya memang minum kopi tanpa gula. Saya suka pahit.

Inche Naga janganlah menyampah. Esok pukul 9pg kita jumpa kat Ikea ye...:D