header-photo

Anak teruna...

Salah satu hari yang saya takuti akhirnya tiba...

Dia sms...

Firdaus: Saya lulus dengan cemerlang walaupun memakai kasut yang tidak sesuai. Hahaha "champion"lah!

Saya: Lulus apa?

Firdaus: Ujian memandu!

Saya: Oh, tahniah. Bapak ada 24 kereta model Ferrari yang dibeli dari Shell ni. Pilihlah satu.

Firdaus: Hahahaha :p


Anak teruna saya, Firdaus sudah dapat lesen memandu...kepala saya tiba-tiba sakit...

10 reaksi:

Jie said...

owh..tahniah, hari raya kali ini sudah ada pemandu peribadi.

:)

Heartless Devilish said...

besh per ader orang bole tlg ganti2 drive...

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

emmmm...senanglah Helmy nanti ada assistant...

Helmy, terima kasih saya dah terima kad raya tu....

bangga bukan main bila dapat kad dari orang yang istimewa macam ni..

mudah2an karya2 Pak Samad akan terus bercambah

ainon mohd said...

Banyak-banyak berdoa supaya anak-anak kita dilindungi Allah daripada mara bahaya....

Pesan begini saya berikan kepada anak-anak saya, "Apabila kita menjaga keselamatan orang lain di jalanraya, Allah menjaga keselamatan kita."

zalisa maz said...

Sakit kepala kenapa? RM bakal terbang? He he he...

uglyman said...

Better for him to get a 'D' licence then for him to get a 'B' full licence. Trust me, less headache. But then again, Four wheels move the body, two wheels move the soul. :D

s.k singapor said...

Salam,

ada 24 Ferrari, ye?
Nak satu!
Tapi saya tak de lesen memandu.
Orait, kan? ;D

Wassalam.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam,

Pertama kali singgah.

Baru dapat lesen, kena pakai stiker P, mesti nanti kena buli pemandu senior...:D



p/s Malam tadi baru beli novel Keledang SN A.SS. Tak sabar nak habiskan baca... :)

Rebecca Ilham said...

Abang Helmy,

kes saya terbalik. Emak dan Ayah pening sebab saya yang asyik bertangguh ambil lesen memandu. Bukan apa, penakut!

Sekarang sudah ada instruction permit (seakan lesen L), tapi nak ambil driving test, saya belum berani!

Anonymous said...

pening. memikirkan setiap kali anak hidupkan enjin, macam2 boleh berlaku. pening. pening.

dd