header-photo

Masalah dalaman...

Kita sering merasakan kebenaran milik kita. Tindakan mereka disekitar yang tidak menepati citarasa dan fahaman terus dilabel salah.

Ambil contoh seorang pembesar sebuah organisasi bahasa yang menubuhkan sebuah syarikat penerbitan yang memberi penekanan kepada bahasa lain, selain bahasa organisasi yang diterajuinya.

Ambil contoh sebuah syarikat penerbitan yang menerbitkan sebuah buku - penerbitannya didanai - dan meletakkan harga lebih kurang enam kali ganda dari kos.

Ini mengganggu saya. Saya rasakan ada sesuatu yang tidak betul. Dan saya - pada mulanya - rasakan mereka salah.

Tapi, itu hak mereka bukan? Tentu saja mereka ada perancangan yang tersendiri. Siapa saya untuk melabel mereka? Mungkin "jalan" kami berlainan, tetapi mungkin saja tujuan itu sama.

Apa yang penting, saya (dan mereka) teruskan usaha menjayakan matlamat yang terpahat.

2 reaksi:

uglyman said...

This is a perfect example of what happens when people write for profit.
The passion is gone.

jiwa merana said...

salamssss .. .. kadangkala terfikir juga; manakah yg lebih penting?! matlamat atau cara ia dicapai?! .. .. ahah .. .