Aku dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau - Singapura - sebaik selepas zohor.
Sebelum itu keluarga diberitahu, ada komplikasi - songsang - dan kemungkinan kehilangan salah seorang - emak atau kandungan - adalah tinggi.
Dr. Solomon, seorang doktor bangsa Yahudi dipanggil. Dia melihat emak dan memegang kandungan. Tangannya mula menolak dan mengurut. Emak semakin gelisah...
Akhirnya kandungan berjaya ditolak ke posisi sepatutnya.
Aku dilahirkan dengan kelahiran biasa.
Aku memperingati Dr Solomon...
Aku tertanya, apa jadi dengan Hospital Kandang Kerbau?
*Gambar dari National Library Board Singapore
1 reaksi:
Salam,
Bro, tu gambar bile tu???
lol...
Gambar Kandang Kerbau Moden :D
Ha! Tu baru gambar baru!
Diaorang dah bina hospital yang lagi besar! Ingatkan nak tambah ruang dan katil untuk kelahiran yang seharusnya meningkat, tapi, oooopssss, menurun... jadi, ruang kosong tu dibuatlah jabatan lain...
KKH - Milestones
Saya lahir kat klinik berdekatan dengan City Plaza dan Geylang, bulan RabiulAwwal :)
Wassalam.
Post a Comment