header-photo

Cerita akhir tahun...

Pekerja sedang berkhayal bonus...1 bulan...2 bulan...3 bulan...

Boss pun sama...1 bulan...2 bulan...3 bulan...eh bila mereka nak bayar daaaa...

Akhir tahun selalu begini. Dalam dunia penerbitan terdapat beberapa saluran yang selalunya akan mendatangkan "bonus". Saluran-saluran ini tentunya hendak "habiskan" peruntukan tahunan. Maka sibuklah mereka bekerja - hingga lewat malam (tak tahulah samada mereka ini ada overtime.)
Encik D : Maaf encik, selagi si polan tidak siapkan kerja, kita tak boleh bayar.
Encik F : Tapi, kami sudah cetak dan bekal.
Encik D : Boss kata begitu. Tunggu semua siap baru bayar.
Encik F : Tapi, dalam surat tak diberitahu begitu. Kami tidak nampak mengapa harus begitu.
Encik D : Encik tulislah surat rayuan kepada boss. Mungkin boleh.

Saya katakan kepada Encik F kita kirim salam sajalah. Inilah masalah cara mereka kerja yang saya kira sudah berabad dipraktikkan. Bayangkan jika satu buat hal...semua sangkut! Ini kes setitik nila - si empunya belanga mampu mengelak, tetapi tidak berbuat demikian. Sengaja? Tak tahulah. Saya lebih mahu mempercayai memang beginilah budaya kerja mereka. Terima sajalah seadanya.

Jadi penerbit tidak mudah. Akhir tahun "nafsu" sesetengah pelanggan besar. Kalau kita layan, belum tentu untung kita juga besar. Sesalah langkah mahu tersiksa jiwa raga - bukan kerana untung dan rugi, tetapi kerana karenah mereka ini...

Pekerja khayal kira bonus...
Boss khayal macamana nak racun...

Hahahhahaha...

6 reaksi:

Puan Ainon Mohd. said...

Chairman khayal....

Di mana hendak cari RM500 ribu sebagai cagaran fasiliti RM1 juta dari Public Bank, buat cetak lebih banyak buku.

Penulis khayal....

Bilalah bukunya akan dapat dipamerkan dalam MPH, Kinokuniya, Popular dan Borders....

Pengurus kewangan khayal....

Bilalah dapat hendak bayar dividen kepada pemegang saham....

Sukatikaulah said...

Sebab tu baginda rosulullah bersabda`Tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima`...pasal memberi ni memang kerja payah.

emilayusof said...

Alamak...baru nak berkhayal...

Anonymous said...

Salam,

adakah ini musimnya dimana kedai jual racun mendapati bisnes meningkat?
LOL.

Wassalam.

Miss Reen said...

uhuks....
tiap ujung tahun.. poket gwe rabak serabaknye..
krn gwe hanya memberi...
dan tidak pula gwe memintak utk menerima aper² pun..
kalo dapat..dapat lar..
kalo tak dapat..gwe duk dediam..
tp tahun nih..gwe tak dpt bonus!!!
uwarghhhhhhhhhhhhhhh~

sinaganaga said...

so, jom konsotium le bang! ha ha.