Ada yang sudah hilang. Mungkinkah kita juga begitu dalam kehidupan ini?
"Language endangerment happens when a community decides that their language is somehow a social or economic impediment," he says.
Mantan SN...?
Saya duduk makan malam bersamanya beberapa hari yang lalu. Kami berbual. Saya tahu dia sedih.
Semalam dia isytihar, "Saya mantan Sasterawan Negara..."
Saya akan hubungi Amy dan "buang" gelaran itu dari buku-buku Pak Samad untuk tahun 2008 ini...nasib belum cetak...hehehehe
Reaksi Pak Samad klik:
http://www.youtube.com/watch?v=swo10LvU4ps
http://studioinspirasi.madani-media.com/

Tahun baru...?
Saya tidak sedar sudah tahun baru...1429...saya sedar kini, saya masih "jet lag" - ini akan mengambil lebih masa dari yang dijangkakan.
Mengimbas, saya terkesal dengan banyak perkara - semestinya perkara-perkara itu boleh dilakukan dengan lebih baik lagi.
1428 juga membawa satu cabaran ulangan buat saya - Ali. Dalam kegembiraan, saya sedar akan tanggungjawabnya. Terimbas anak saya Firdaus...saya tahu saya mampu lakukan yang lebih baik buatnya. Saya sedar saya juga mampu membentuknya dengan lebih baik. Namun kekesalan ini dipendamkan. Dia kini hampir 20 tahun. Saya masih dan akan cuba membimbing. Ini tanggungjawab saya. Begitulah juga dengan Ali...tidak mudah. Mereka anak saya dan saya harap mereka sedar, saya bapa mereka.
1429 buat Wira Bukit adalah satu tahun yang penting - tetapi tidak genting. Ada beberapa perubahan yang akan berlaku. Ada beberapa projek buku yang sedang diusahakan. Semua ini masih dalam lipatan dan insyaAllah akan dibuka bila tiba masanya.
Antara sedar atau tidak, saya merasakan hidup ini semakin disempitkan oleh perkara remeh dan yang remeh inilah yang dijadikan keutamaan buat ramai. Kita tidak mahu berfikir panjang. Kita mahukan jalan pintas - cepat dan mudah. Yang remeh diutamakan dan yang penting dijadikan tidak penting - tidakkah ini menyatakan sesuatu tentang dunia zaman ini?
Saya hanya mampu berfikir, merancang, berdoa dan melakukan sebaik yang termampu...
Doa saya, kesejahteraan buat semua. Semoga kita terpelihara, dilindungi dan dipimpinNya, amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)