header-photo

Pak Samad di The Sun...


Hendak tahu apa dalam kepala Pak Samad sejak akhir ini?
Klik sini!

7 reaksi:

Anonymous said...

saya sudah membaca temuramah tersebut. ada rasa sedih di hati mengenangkan nasib Pak Samad dan sasterawan yang lain. Apapun, saya berpendirian sama seperti Pak Samad. Melalui pengajaran di sekolah lah, saya mengenali Pak Samad dan karya karyanya dengan lebih dalam dan puas. Dan kini, sastera sudah semacam sebati dalam diri saya yang boleh dikira sebagai anak yang masih muda yang mahu mengambil tahu tentang sastera. Sastera memang tidak akan mati. Tapi nasib penulis dan sasterawan sudah berada dalam daerah kematian jika semua ini terus berlaku.
Salam dan hormat saya pada Pak Samad dan penulis penulis lain. Semoga matahari akan selalu bersinar di atas kepala penulis penulis .Terima kasih.

sinaganaga said...

Ermmm. Pak Samad patut join Sindiket Sol-Jah.

Anonymous said...

Saya percaya pada hakikat bahawa: "Kita adalah apa yang kita baca".

Kalau kita mahu warga Malaysia lebih patriotik dan saling memahami (menghargai oerbezaan latar etnik, budaya dan agama): kita kenalah dorong mereka membaca lebih banyak bahan sastera Melayu berlatar Malaysia. Tapi yang tebal dengan elemen sosio-budaya; bukan hanya pop cinta-cinta (yang nadanya sama saja dengan karya-karya negara lain).

Berdasar pengalaman saya; orang yang selalu membaca karya Inggeris (contohnya), tetapi tidak pernah membaca karya sastera Melayu: BIASANYA (bukan semua) pemikiran dan cara dia melihat isu pun memang lain.

Sebagai contoh, ada seorang kawan saya ni sangat percaya bahawa kaedah terbaik menangani rebakan HIV+ di Malaysia ialah menerusi agihan kondom secara percuma. Hmm, agih kondom? Macam sengaja mahu galakkan seks bebas pula.

Kawan saya ini bukan liberal sangat pun. Pakai tudung. Ada didikan agama. Tapi dia dari keluarga Melayu elitis. Dia sendiri mengaku, dia hanya pernah baca novel Melayu masa di sekolah menengah. Dua buah. Lepas tu, seumur hidup dia -- hanya membaca novel asing (dari penulis UK dan US khususnya). Pilihan bacaan karya sastera -- ibarat titisan air lembut ke atas batu. Dalam jangkamasa panjang, ia membentuk rupa lekukan batu. Secara tak sedar.

Saya percaya -- bahawa karya sastera lebih kuat membentuk pemikiran seseorang (berbanding dengan karya prosa) -- kerana karya sastera ini tebal dengan emosi dan sentimen. Jadi, kesannya lebih tebal. Sebab itu saya sangat risau dengan kecenderungan masakini yang membahagi anak-anak Malaysia ini kepada dua domain utama: (1) penggemar novel-novel pop Melayu; (2) penggemar novel-novel sastera Inggeris.

Saya fikir, kebimbangan Pak Samad, berkaitan dengan isu KOMSAS memang turut dirasai oleh ramai orang.

Anonymous said...

Salam,

Wahhhh, Dr.Rem masih membara dengan isu KOMSASnya ;)
Wa sokong lu, Dr.Rem! Anakbuah saya di sini juga belajar sastera guna buku teks KOMSAS. Isu ini sangat dekat di hati...

Bro. Helmy, time kaceh, nak komen panjang 'gak, tapi nak salin dulu, letak kat forum baghu bukak punye...

Dan. Pak Samad muncul minggu lalu di kaca tv di rancangan "Bicara" (musim ke-3) saluran Suria (the ONNY Malay channel, daaa), wawancara bersama Daud Yusoff (gue minat dekni!) di Old Parliament House sewaktu SWF'07 kelmarin... sorry, tak tau nak guna dvd recorder, so, tak dapat nak rekod... :(
Ada cara untuk meminta Saluran Suria untuk memberi rakaman tersebut pada Wirabukit?

Wassalam.

Hasbullah Pit said...

nak perjuangkan bahasa bukanlah satu perkara mudah

Unknown said...

saya kenal pak samad juga melalui buku teks sekolah. Kemudian saya ambik kelas sastera. Betul kata pak samad kena ada guru yg bagi utk memberi faham kepada anak murid berkenaan dgn ayat-ayat yg sukar difahami. Perkara yang sukar difahami perlu mencari pemudah untuk senang difahami bukan menukar atau mengganti dengan sesuatu yang dianggap mudah difahami tetapi kesukaran yang dicari.

Anonymous said...

Salam,

okey, harini nak sambung sikit...

Saya sudah lama menulis dan saya gemar menulis dalam mana-mana bahasa (buat masa ni, hanya bleh menulis 2 1/2 bahasa :p Inggeris, Melayu, 1/2 Arab :p)

Saya sangat tertarik dengan kata-kata Pak Samad: "I want to create Malay Literature"

Ini ialah sesuatu yang tidak pernah langsung saya fikirkan... mengapa menulis dalam bahasa Melayu... pernah ditemuramah dengan soalan tersebut... tak ingat apa saya jawab - samada, "I'm a bilingual, I write in both languages" atau "I love the language" atau "If not me, who else?" atau apa-apa lagi... (LAME, S.K, LAME!)

Mulai sekarang, saya akan quote Pak Samad bila ditemuramah dan disoal dengan soalan itu:
"Mengapa menulis dalam Bahasa Melayu?"
"Seperti yang pernah diungkap oleh pengarang hebat Pak Samad Said, saya mahu membantu membangun kesusasteraan melayu"
Sounds grande, non?
(I dream more than you, eh, Bro? lol...)

Ya, Pak! I see it now! Thank you for the inspiring advice!

Wassalam.