Sekarang itu bila? Mungkin kita lupa...
Petikan...
Suara dari Dinding Dewan
"Bahasamu suara resah dan batin rimba
berkali diyakinkan wira bangsa.
Kebingungan empat dekad merdeka."
"Empat dekad bahtera bangga
anak cucu wajar menduga
mereka khusyuk atas sejadah
depan al-Quran mereka bertanya:
Buah ranum pada tangkai
bahasa gugur dari hati -
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?"
A. Samad Said
23-25 Mei, 20-22 Jun 1996.
Julai 1997 - Dewan Sastera
2003 - Suara dari Dinding Dewan.
*Dengan ini , beberapa tulisan dan komen mengenai mengapa baru kini Pak Samad bersuara dan tidak pada 2003 adalah tidak benar.
Sekian,
terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 reaksi:
Mereka tidak pernah mahu membaca. Mereka tidak pernah mahu ambil tahu apa-apa berkaitan bahasa. Kononnya bahasa hanya untuk orang 'sastera' (kelas kedua berbanding mereka dalam bidang sains dan teknologi yang lebih maju). Mereka hanya tahu bertanya "mengapa baru sekarang hendak bantah?"
Semoga Allah bukakan pintu hati mereka ini untuk menerima kebenaran. Ameen.
Mereka mana mengerti kepekaan
sang sasterawan, tuan...
Nyalarasa pada nusa dan bangsa...
pada bahasa dicinta
seluruh jasad dan nyawa...
Post a Comment