header-photo

Terdesak..

Selepas peristiwa hari ini, terdapat beberapa reaksi dari beberapa blog yang "mengutuk" Pak Samad.

Itu semua adat. Saya terima walaupun mereka tidak mengenali Pak Samad sebagaimana saya mengenalinya.

Pak Samad ikhlas dalam perjuangannya. Itu sesuatu yang mahu dia lakukan dengan rela hati. Dan dia konsisten dalam menyatakan bantahannya tentang perkara ini.

Kita telah lihat Pak Samad berhenti dari NST dua tahun sebelum pencen dan melepaskan segala yang bakal diterimanya bila bersara hanya kerana tidak mahu tunduk pada orang politik - mampukah anda lakukan itu? - Baca "Wira Bukit" yang teaternya dihentikan oleh pihak berkuasa setelah beberapa hari pementasannya.

Kita telah lihat bagaimana Pak Samad mahu hidup dengan hanya menulis sepenuh masa. Kita lihat dia mogok seni hanya kerana menuntut haknya (royalti) yang disekat-sekat atau lambat diproses dalam dunia birokrasi. Mampukah anda lakukannya?

Pak Samad tiada almari yang penuh pakaian. Dia dengan beg gantungnya yang lusuh dan terkadang ahli keluarganya perlu membelikan pakaian dan kasut baru hanya kerana resah melihat dia.

Tahukah anda berapa ramai anak-anak yang ditanggung pelajaran dan kehidupan mereka? Saya hilang kiraan. Ramai yang berjaya kini dan sedikit pun dia tidak minta balasan.

Saya kenal bapa saya. Dia tidak "material" seperti kita. Pernah ke rumah Pak Samad?

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah kebanyakkan anda tidak kenal, tidak mahu kenal atau saja buta hati kerana nafsu.

Ingin saya bertanya kepada pejuang PSSMI, berhujahlah dengan berhemah - tidak perlu terdesak hingga menyerang peribadi seseorang.

*Dan Pak Samad tidak diperalatkan oleh pembangkang. Dia tidak setuju dengan dasar kerajaan dan tentunya dia tidak diberi ruang dalam pentas kerajaan dalam menyatakan protesnya - bukankah ramai bloggers lahir atas sebab ini juga? Baca juga "Suara Dari Dinding Dewan". Pak Samad sudah memprotes dari 2003 lagi. Jadi janganlah fitnah kata baru kini Pak Samad protes.


p/s: Ustaz Azhar, saya doakan kesejahteraan bagi anda sekeluarga. Ini ikhlas dan bukan perli ataupun ada niat jahat.

22 reaksi:

Anonymous said...

Helmi, aku pun tak faham kenapa pergi bercuti ke London dikaitkan dgn perjuangan bahasa. Adakah kalau kita fasih & boleh bercakap English menjadikan kita janggal (atau tak boleh) utk mempejuangkan Bahasa Melayu/Malaysia? Org kalau melihat sesuatu dengan tidak berlapang dada memang macam tu. Aku simpati & kecewa dengan mereka. Aku mungkin tak mengenali Pak Samad dengan lebih dekat tapi rasanya aku tak buta dan boleh mengutuk Pak Samad sesuka hati.
Salam untk Pak Samad & Untie Salmi.

Shahrulrock said...

Abang Helmy,
Saya menulis artikel pendek-Bahasa Melayu dan Gas Pemedih Mata-bukan niat mencerca penyokong dan penggerak anti PPSMI.Saya cuma terasa hati bila isu ini di politikkan.Jerit tangis pejuang bahasa bukan untuk di tangguk ke kantung ahli politik tetapi untuk anak bangsanya.Saya juga terkilan bila melihat-berita jam 8-banyak sekali gas pemedih mata di lepaskan.Bahasa Melayu bukan agenda politik tetapi agenda mengembalikan kekuatan bangsa.

Puan Ainon Mohd. said...

Begitulah rendahnya tahap dayafikir penyokong PPSMI.

Unknown said...

Terima kasih atas doa tersebut dan ucapan maaf saya hulurkan sekiranya mengguris perasaan...

Agaknya kami agak keterlaluan di dalam mempertahankan PPSMI, kerana ada dua orang anak di sekolah yang kami tak dapat sebarang feedback negatif dari mereka berdua...

Kami juga insan yang tinggal di Perlis, yang penggunaan Bahasa Inggerisnya tidak menyeluruh seperti KL dan bandar besar lain, jadi mungkin wadah sekolah itu lah yang akan membantu mereka di dalam Bahasa Inggeris berbanding suasana di KL dan bandar besar lain yang diluar sekolah akan membantu Bahasa Inggerisnya...

FYI, komen tersebut telah saya delete dan ucapan maaf saya pohon dr saudara, isteri dan Pak Samad...

Namun harapan saya tetap PPSMI akan diteruskan...

Wallahua'alam, dan Assalamualaikum

Jong said...

Salam,
Kerana itulah bang saya bantah PPSMI kerana penyokong dasar ini terbiasa sudah merendah-rendahkan orang lain (kerana sifat utama bahasa inggeris sebagai bahasa kolonial ialah memandang orang lain yakni bukan penutur atau tidak mahu menutur sebagai purba dan kuno).
Abang Helmy,
Saya kenal Pak Samad dari saya berusia 17 tahun. Segala yang abang nyatakan di atas saya lihat sendiri. Dan benar, pak samad yang satu masa dulu apolitical (paling tidak beliau belum menyatakan secara terang) kini perlu ke pentas politik kerana semua jalan telah ditutup.
hari ini abang helmy, pak samad adalah bapa kepada semua orang. t-shirt anak muda tercetak wajahnya. pak samad telah menjadi ikon. terima kasih kerana sudi berkongsi pak samad dengan kami.
kami akan bantah sampai ubah. orang yang menyokong dasar ini adalah manusia yang pentingkan diri dan pentingkan anak-anaknya sahaja. mereka terlupa ada anak orang asli, orang penan, anak india di estet, anak tionghua di pedalaman...mereka hanya kira diri mereka. bahasa tersebut telah sebati dengan diri sehingga mereka menjadi pongah.
(nota: saya boleh berbahasa inggeris, arab dan turki dengan baik)
Wassalam.

Anonymous said...

Salam,

Bro, saya bersyukur sekali Pak Samad tidak diapa-apakan sehingga cedera teruk atau sebagainya, alhamdulillah. Saya menarik nafas lega pada jam 6 - entah mengapa, jam 6, jangan tanya. Tapi tika itu, saya fikir, no news is good news. Harapnya, Bapak sudah semakin pulih dari kepenatan semalam dan sudah makan tengahari dengan seleranya hari ini :)

Saya sudah tidak ada mood untuk mempertahankan jatidiri Melayu-Islam Singapura yang dikaitkan bersama PPSMI, seperti yang saya katakan saya nak buat. Nantilah, tunggu mood nak gado tu datang balik :)

Atau, ya, sepertinya, mahu mengundang saja sesiapa yang mempersoalkannya untuk turun ke Singapura supaya saya boleh bawa jalan-jalan untuk melihat dengan mata kepala sendiri.

Saya bangga rakan-rakan di sana terus memperjuangkan Bahasa Melayu. Dah namanya, Malaysia, kalau tak perjuangkan "Malay" di "Asia", apa halnya? Kalau Singapura, kami cuma boleh perjuangkan... Bahasa "Singa"? Huhu... saje aje nak buat lawak bodoh.

Ada banyak usaha sedang dilakukan untuk pengajaran Bahasa Melayu di sini. Saya yaqin, sekiranya rakan-rakan di sana terus bersemangat, semangat itu mengalir turun ke pulau senonet ini. Bahasa Melayu juga akan hidup terus di sini (walaupun dengan nuansa yang aneh-aneh...).

Mudah-mudahan, Pak Samad terus sihat untuk berjuang, insyaAllah... aaaameeen.

Wassalam.

sinaganaga said...

Hidup Pak Samad! Hidup Dato' Hassan!

Pergi matilah kau Hisam!

Unknown said...

Saya tumpang kecewa melihat tumbuhnya blog pejuang PPSMI dan mengkritik peribadi Pak Samad.

Unknown said...

Salam semua,

maaf saya "buang" sedikit entri kerana bab itu sudah selesai.

Saudaraku Ustaz Azhar. Saya sudah lupakan perkara itu.

Saudara-saudara yang lain apa khabar? Terima kasih atas keperihatinan anda semua.

Saudara Faisal, entah mengapa saya sering teringatkan anda. Doa saya, anda sejahtera dan dikurniakan ilham untuk terus berkarya.

Begitu juga doa saya kepada semua.

Amin.

zf_zamir said...

salam,

tahniah kepada pak samad,

saya setuju dengan abang faisal, terima kasih kerana sudi berkongsi pak samad dengan kami!

Anonymous said...

Abang Helmy, teringatkan Haji Faizal saja, kah?

Ini membuat ikan bilis mau memberontak dan mau cari gado balik.

Ikan bilis berada di Malam Baca Puisi Nusantara ke-3 di Taman Warisan Melayu (TWM) malam semalam. Ada Art Fazil, Khalid Salleh, Diani Kasian dan ramai lagi. Nama Pak Samad ditulis dalam kad undangan tetapi malam baca puisinya, tak disebut pun kenapa Pak Samad tiada di sana. Tetapi, beberapa penyair juga tiada tanpa hebahan mengapa. Mungkin kad ditulis sebelum pengesahan daripada penyair-penyair terlibat. Wallahua'alam.

Eh, btw, bro, you percaya, tak, TWM amek idea saya tentang puisi (bleh tahan, ek, ikan bilis nih). Dua reaksi saya - Pertama, ape ni amek idea orang tak bagi kredit :|
Kedua - Wow. Tak sangka idea saya begitu bernilai sehingga ingin diangkat ke peringkat serantau ;) Itu yang penting lah, kan. Pelaksanaan idea. Bukan setakat angan-angan kosong. Tanpa kredit pun, saya tau saya pemangkin pelaksanaan. Mudah-mudahan, berjaya lah mereka tuh...

Reaksi sorang penyokong ARUSS, mereka ingat mereka boleh buat, kita mesti buat lagi bagus. Ya, siapa kata di sini kami tak berjuang untuk jatidiri...
(dan sesekali mau cari gado mengenainya...)

Buat rakan-rakan pencinta bahasa di sana, mudah-mudahan, terus bersemarak semangat anda semua... kami hirup sedikit-sedikit...

Pak Samad memang IKON.

Wassalam.
Yang benar,
Ikan Bilis

Unknown said...

Salam.

mau
gado
amek
ape
ni
tau

Ya, saya kira memang perlu hirup berdikit, mengunyah dan menghadam agar ia menjadi sebati dalam diri - jatidiri.

Anonymous said...

Susah 'tol sejak Abang Helmy jadi "Polis Eja" nih...

=D

Terima kasih, Tuan...
Telan ubat pahit, Tuan :)

Wassalam.

Unknown said...

Bahasa jiwa bangsa...

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu


Usman Awang (1967)

Anonymous said...

Err... itu hanya untuk Anak Melayu sahaja, kan?
Ikan bilis tak termasuk lah, kan?
Sebab kalau cuba bersuara, sekadar keluar buih sahaja nanti.


Yang benar,
Ikan Bilis

Unknown said...

Salam.

Dan saya tertanya mengapa anda bersuara di entri ini...

haha :p

Anonymous said...

Eh, mana ada suara.
Mana ada dengar suara saya yang kekadang merdu kekadang sumbang tu...

Bukan suara.
Ini hanya buih perkataan sahaja yang terlontar melalui dakwat hitam berlatar belakang putih kotak komen.

:p

Wassalam.

Sharrul Rizal Hashim said...

Salam,

Saya sempat bersama-sama Pak Samad di Kota Bharu pada 24-25 Feb yang lalu. Sepanjang mengiringinya, ada bercerita tentang PPSMI. Nyata, Pak Samad berjuang demi bahasa dan bangsa. Cerita-cerita tentang diperalatkan hanya dongeng dan fitnah belaka.

Zamri Mohamad said...

Kita tunggu ada diskusi atau forum di RTM 1 yang berani mempertemukan Pak Samad sama penjunjung perintah PPSMI.

DLL Di Luar Lingkaran kelolaan Sayed Munawar mungkin?

Nasib yang itu-itu di Malaysia, buta sejarah, hilang adab, khayal sahaja.

MARSLI N.O said...

Saya sudah melihat dan alami sendiri. Juga sudah melihat siapa biawak dan ular di senja itu. Sangat tidak menghairankan.

Anonymous said...

Saya suka tgk Pak Samad dgn beg lusuhnya. Nampak sgt rugged! :p

Pak Samad,
Stay you! Pleasseee... :)

-Neut-

HBM Consultant said...

Saya tidak mengenali Pak Samad secara peribadi..
Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau secara langsung..
Saya tidak pernah bersembang sepatah kata pun dengannya...
Dia juga tidak pernah tahu kewujudan saya...

Tetapi saya sangat menghargainya, menyanjungnya dan menghormatinya...

Kerana dia adalah pembela hak bangsa Melayu, secara tidak langsung dia juga pembela hak saya...

Syukur, Allah menganugerahkannya kepada kita!