Sebongkah Batu Di Kuala Berang...
Sehingga saya pos entri ini, saya masih tidak tahu mengapa buku Sebongkah Batu Di Kuala Berang karya Tuan Faisal Tehrani diharamkan.
Ada sesuatu yang tidak kena sebenarnya. Saya anjurkan agar pihak berwajib nyatakan sebab-sebabnya bila bertindak. Ini kerana terlalu banyak tindakan-tindakan yang dilakukan dahulu dan bila didesak barulah hendak jelaskan. Dan, bila hendak dijelaskan, kita dapat pelbagai versi dari A, B, C dan seterusnya. Akhirnya rakyat keliru sebab ada pelbagai versi dari pelbagai pihak berwajib. Kata lain, jangan dahului pistol (don't jump the gunlah!)
Sebongkah Batu Di Kuala Berang ini dikhabarkan fikyen dengan diselitkan unsur sejarah. Jika ada yang salah, mengapa tidak diperbetulkan? Susah sangatkah panggil penulisnya dan bertanya dan bermuzakarah? Jika fahamannya salah, betulkan.
Tunggu...saya sudah bacakah buku ini?
Belum, tetapi kini sedang berusaha keras untuk memilikinya. Saya hendak baca. Moga saya tidak "sesat" atas alasan mengapa ia diharamkan.
Errr apa alasan ia diharamkan?
Apapun, doa saya baik-baik saja buat penerbitnya, penulisnya, pembacanya dan pihak yang mengharamkannya. Sejahtera buat semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 reaksi:
Assalamualaikum...
Saudara, sebuah entri yang baik dan sangat menarik.
Selaku pembaca karya FT, saya sangat terkilan dengan tindakan pengharaman buku ini. Seperti yang dinyatakan oleh saudara, sekiranya ada sebarang kesilapan, tidak salah pihak tersebut berdiskusi dengan penulis sendiri.
Sekiranya belum mendapatkannya, saya kira di MPH dan POPULAR masih ada.
Salam,
Abang Helmy yang dihormati,
Novel Sebongkah ini adalah satu-satunya novel FT yang tidak mahu saya sentuh dengan "galah" sekalipun, tapi, malangnya, terpaksa membaca untuk membuktikan kebathilan di dalamnya.
Sebelum sempat rajin buat keje tu, ada seorang Ustaz yang telah pun melakukannya:
http://suarajagat.wordpress.com/2011/12/19/unsur-syiah-dalam-novel-sebongkah-batu-di-kuala-berang-bahagian-1/
http://suarajagat.wordpress.com/2011/12/21/unsur-syiah-dalam-novel-sebongkah-batu-di-kuala-berang-bahagian-2/
Tidak. Tiada siapa bersetuju CARA Jakim mengharamkannya.
Tetapi, ia langsung tidak menafikan bahawa kebathilan di dalamnya terlalu nyata, terang dan jelas pada agamawan / ahli agama.
Wassalam.
Salam.
Seperti yang dikatakan dalam entri, inilah yang saya maksudkan. Yang salah tetap salah dan perlu diberitahu. Jangan biarkan orang tertanya dan fikir bukan-bukan. Jika ternyata tentang kebathilannya, bagaimana pula tindakan kita? A buat itu, B buat ini, C kata begini, D kata begitu dan seterusnya. Akhirnya timbul pelbagai versi.
Lagi satu, apa sudah jadi dengan muzakarah? Sudah pupus seperti dinosor?
Dan jika perkara ini jelas pada agamawan dan ahli agama, mengapa masih ada terjual di kedai buku? Kenapa tidak desak pihak yang bertanggungjawab? Saya mungkin "sesat", tetapi saya kira lebih baik muzakarah, saling menasihati dan mengingatkan dari "hentam" penulisnya saja. Bukankah tindakan-tindakan kita itu menimbulkan syak wasangka?
Seperti yang saya tulis juga, doa saya baik-baik saja buat penerbitnya, penulisnya, pembacanya dan pihak yang mengharamkannya (walaupun masih menanti pengharamannya secara sah).
Salam.
Post a Comment