Saya sokong Himpunan Hijau kerana mahukan kesejahteraan dalam kehidupan.
Saya tahu apa yang terjadi di Bukit Merah dan saya juga tahu bahawa banyak peralatan yang kita gunakan kini dihasilkan oleh kilang-kilang seperti yang terbina di Gebeng. Jadinya sebab itu ia selamat, kita patut sokong dan terima kasih? Saya terfikir, bolehkah peralatan-peralatan yang menggunakan bahan-bahan proses ini akan menjadi lebih murah untuk rakyat sekiranya ia diproses di sini? 12 tahun pelepasan cukai dari RM8 billion pendapatan yang dianggarkan setiap tahun. 350 pekerja. Lokasinya yang berhampiran penempatan penduduk. Ada pemindahan teknologi? Anda kiralah sendiri, apa yang menguntungkan dari segi material? Apa yang kita dapat? Yang saya dengar dengan kilang proses nadir bumi ini, monopoli negara China akan terlerai. Saya juga terfikir, ini sebenarnya lebih menarik...jika ia sangat selamat, mengapa tidak dibina saja di negaranya? Bahan mentah yang di keluarkan di Mount Weld tidak perlu menggembara 5,000km untuk di proses di sini. Penggembaraan sebegitu jauh perlu bahan api. Berapa banyak bahan api yang dibakar? Bukan itu menambah kos? Dan yang terhebat sekali, kerajaan Australia dilaporkan tidak akan menerima bahan buangan beradioaktif ini. Jadi apa? Buang di mana? Mana pelan pembuangannya?
Kilang ini selamat kata mereka jika dikawal selia dengan baik. Selamat dan jika. Lihat jika. Ada jika. Jika tidak? Bagaimana? Kita ini "superhuman" sangatkah? Bagaimana jika ada "human error"? Bagaimana jika ada bencana alam? Kita lihat apa terjadi dengan Jepun. Kita juga tahu Chrischurch di New Zealand dilanda gempa bumi yang terhasil dari "new fault line". Sesuatu yang baru bukan? Sesuatu yang dulunya kita tidak tahu sehingga ia berlaku - "new fault line". Juga lihat mengapa Akzonobel (pembekal resin) menarik dari.
Dan akhir sekali, salahkah dan "lekeh" sangatkah diri saya ini kerana risau akan kesejahteraan kehidupan ini? Salahkah saya menyokong Himpunan Hijau ini atas rasa-rasa saya ini? Salahkah saya risau tentang hal alam sekitar ini? Bukankah kita ini dipertanggungjawabkan untuk memelihara bumi?
Saya sering mengeluh bila mengalami kesusahan atau tertimpa sesuatu yang buruk. Saya juga mengaku sering saja tersenyum dan rasa riang dan terkadang megah apabila mengalami sesuatu yang indah atau tertimpa sesuatu yang baik.
Ini yang sedang mahu saya elakkan. Apa yang sering saya lakukan dalam kedua-dua situasi ini menggambarkan betapa saya ini jahil. Ini bukan sengaja. Ini spontan. Jarang sekali saya ucap syukur atau mengingatiNya, walaupun sering terdetik dalam hati rasa saya itu menyalahi.
Saya sedang membaca tadi waktu menanti seseorang. Ini terjemahan dan ini menyedarkan...
Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar. - Al-Baqarah ayat 153.
Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. - Al-Baqarah ayat 155.
(Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un". - Al-Baqarah ayat 156.
Kawan: Betul bang...orangnya berilmu. Jalan dalam hujan tak basah!
Saya: Biar betul?
Kawan: Betul bang!
Saya: Kau nampak ke?
Kawan: Nampak bang!
Saya: Cuba cerita...
Kawan: Hari tu kat Ampang Point hujan lebat. Saya nampak dia sedang tunggu nak lintas jalan. Nak ke kereta dia kot. Dia pun buka payung dan jalan dalam hujan bang!
Saya: Huh!
Dia ketawa...
Kawan: Betullah bang. Orang ada ilmu guna payung bila nak jalan dalam hujan. Orang gila je jalan dalam hujan tanpa apa-apa perlindungan...
Saya: Perli akulah tu yang basah ni! Kau ni poyo laaaa...
Kita dilahirkan tanpa ada apa-apa kecuali ikatan keluarga dan janji. Dari segi material memang tidak ada. Itulah yang saya rumuskan.
Dalam kehidupan, selain membina dan mengumpul perkara-perkara yang kita tidak nampak (contoh: dosa, pahala, silatulrahim), kita juga bina dan kumpul benda yang fizikal - harta dan wang.
Kita manusia biasa dan kerana itu kita paling takut hilang benda-benda fizikal ini. Ramai percaya, wang dan harta sandaran terbaik pada kuasa dan pengaruh. Ini terbukti dengan kehilangan kawan ataupun fitnah-fitnah yang lahir jika seseorang itu "jatuh".
Itulah keduniaan.
Saya semakin kerap kehilangan material-material sebegini. Mulanya saya memang stress. Hilang BB stress. Hilang komputer stress. Hilang jam stress. Hilang wang stress. Hilang kereta stress...semua stress. Bila stress, semua "tak jalan"...bayangkan betapa lemahnya saya. Hanya kehilangan sebegini saya sudah lumpuh?
Allah itu hebat. Dia Maha Penyayang. Dan saya rasa beruntung kerana dalam pada saya stress atas sebab-sebab begini, saya mampu berfikir. Dia lahirkan logik dalam pemikiran saya. Saya beruntung. Kehilangan material yang tercipta oleh manusia mana mungkin sama atas kehilangan seperti silatulrahim? Erti lain, putus hubungan antara ibu, bapa, isteri, suami, anak, sahabat dan kenalan mana boleh disamakan dengan kehilangan material? Pernah terfikir putus hubungan kepada nabi dan rasulnya? Agama? Dan Allah? Nauzubillah...
Apa yang ingin saya katakan adalah, sabarlah jika anda jatuh. Itu sudah termaktub. Siapalah kita hendak menyoal atas kemahuanNya? Dia lebih mengetahui. Ada hikmahnya. Yang penting kita ingat hal-hal yang tidak kita nampak, seperti iman. Teruskan usaha dan jalani kehidupan anda. Jangan putus asa.
Jadi kini saya sangat stress kerana saya begitu jahil.
Saya ini memang jahil. Itu saya sedar. Banyak yang saya tidak tahu. Contoh, saya pernah tanya teman saya bagaimana hendak solat sunat tasbih. Jadi kerana kejahilan ini, saya banyak ikuti kuliah ustaz-ustaz atau ulama-ulama di alam maya dan bila berkesempatan di alam nyata. Salah seorangnya UAI dan kini mula ikuti Mufti Ismail Menk. Syukur alhamdullillah, kini timbul ramai ustaz-ustaz dan ulama-ulama yang "cool". Saya perasan ramai anak-anak muda ikuti mereka ini - alhamdullillah.
Ini hadiah dari Mufti Ismail Menk. Dia dari Zimbabwe. Dia melawat Malaysia dan saya berkesempatan menemuinya semalam. Dia "ccol" dan dia benar menghidupkan urat-urat tubuh saya. Di penghujung pertemuan, dia berikan hadiah pula.
Hari ini semasa dalam bas saya memerhatikan seorang budak lelaki yang duduk di hadapan saya. Pendek kata, apa yang saya nampak sebenarnya adalah Ali. Dia begitu dominan dalam hati saya. Saya boleh menitiskan airmata hanya dengan mengingatinya - berkali terpaksa saya fikirkan perkara lain kerana sebak. Bukan saya tiada akses, tetapi keadaan saya tidak membenarkan. Jadi akhir ini memang saya lebih senang duduk sendirian, mengerjakan OTI dan sesekali melihat gambarnya...
Setelah hampir tiga hari tidak jenguk, rasa di hati tidak dapat dibendung lagi. Saya duduk meneliti dan pruf.
Juga bertimbang-timbang untuk menambah beberapa bab agar ia lebih kemas.
"Aku mencari seorang wanita yang menerima diriku ini seadanya. Bukan mengutip setiap kata-kata yang aku tulis dan mencetuskan masalah. Mengapa wanita begini? Mengapa mereka terlalu emosional? Mengapa mereka ambil apa saja yang ditulis oleh seseorang yang disayangi itu sebagai sesuatu yang peribadi walaupun apa yang ditulis itu untuk tontonal dunia? Ah, mereka ini terlalu istimewa?"
Sudah beberapa minggu kereta saya rosak. Selama itu saya mula menaiki bas dan elarti. Saya mula dapat memerhati banyak yang tidak dapat saya perhati semasa memandu. Inilah hikmahnya, terutama apabila saya mula menulis semula.
Tidak semua yang nampaknya buruk itu sebenarnya buruk. Ia bergantung dengan cara penerimaan kita. Selalulah lihat pada belah yang terang dalam kehidupan.
Sepanjang perjalanan balik dari PPUM - melawat emak - saya agak dibuai pelbagai perasaan.
Sedih dan kasihan melihat emak yang terlantar. Dalam elarti saya lebih memerhati warga-warga kota yang lesu setelah seharian bekerja. Perut saya mula mengadu. Baru sedar saya belum makan - seharian.
Saya mula terbayangkan pretzel yang disaluti gula kayu manis (cinnamon). Gandingannya, kopi!
Dan kenyataan ini sememangnya benar. Itu makan malam saya - pretzel dan kopi. Mungkin esok saya perlu bawa beberapa pretzel untuk emak yang tiada selera makan itu...
Saya beryukur kerana dikurniakan lagi masa untuk refleksi diri dan bertaubat. Semoga tidak disia-siakan peluang sebegini.
Terima kasih semua atas doa dan ucapan :)
Ini mini novel saya yang pertama. Ditulis sekitar tahun 2000. Belum diterbitkan kerana saya rasa ada sesuatu yang tidak habis. Kata lain, tidak lengkap. Ada sesuatu yang tidak cukup.
*“Aku resah.
Perkahwinan kami patut bertahan. Tetapi, dia perlu meminta dan aku terpaksa
melafazkannya di depan hakim yang aku kira sudah lali mendengarnya..."
Beberapa tahun lalu saya cuba mencari dengan membaca dan mengeditnya. Tidak berjaya kerana kehidupan terlalu selesa tentu saja tidak dapat menjiwai sebuah cerita yang ditulis semasa lara. Saya simpan semula.
*"Salinger? Dia pelik
padaku. Bersahaja, tapi sesekali mampu menawan. Watak Holden itu mengingatkan
aku tentang…diriku sendiri. Cuma, mana dia Phoebe aku?"
Kini saya membukanya kembali. Saya suka dengan apa yang saya tulis dan sudah seminggu lebih saya membelek-belek membaca dengan jiwa membara dan cetusan-cetusan ide yang tidak terhenti. Tidak harus saya melepaskan peluang sebegini...
*"Dan, aku juga tahu,
kesepian itu hanya ada pada hati yang sesat. "
Sabtu lalu saya bersama Ali duduk di kafe, sesekali berbual tentang "Angry Bird" atau "Bola". Namun, dia sebenarnya lebih tertumpu kepada sesuatu. Ia sesuatu yang lama sudah tidak digunakannya - IPad. Saya tersenyum lihat cara dia menggendalikannya. Dengan jari kelenkengnya, dia menguis - menolak, menarik dan mengetuk. Akhirnya..."Daddy" sambil menunjukkan skrin IPad...
Kita berbual sebentar tentang karyanya itu. Dia lengkapkan hari saya :)
Satu babak dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk
Dinda: Kanda, sedap tak?
Kanda: Siapa yang masak?
Adinda: Adindalah, siapa lagi?
Kanda: Itu pasallah tak sedap...
Satu babak dalam kehidupan Romi & Juli kini...
Juli: Awak, sedap tak?
Romi: Siapa yang masak?
Juli: I lah...
Romi: Sedappppp...
Juli: Tapi awak kenapa makan sikit saja?
Romi: Saya tadi dah makanlah awak.
Pagi tadi saya bersama "rombongan Cik Kiah" ke Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Bagi warga kota (ehemm...seperti saya), suasana sebegini agak mententeramkan jiwa. Udaranya nyaman. Rimbunan hijau dan air sungai jernih mengalir dari perut bumi agak menyenangkan urat-urat badan terutama jantung dan otak. Ini laluan masuk (gateway) mudah dunia "hijau" bagi wargakota.
Walau bagaimana pun, bagi mereka yang datang perlulah berhati-hati, terutama yang membawa anak-anak. Kera-kera di sini cerdik dan batu-batu sekitar sungai agak licin.
Saya juga kira kawasan sekitar Hulu Langat ini adalah satu kawasan yang paling banyak kawasan-kawasan rekreasi sungai. Juga terdapat empangan tadahan air di sini. Memandu menyusuri jalan-jalan sekitar ini satu pengalaman yang menenangkan.
Kawasan-kawasan rekreasi di Hulu Langat ini sebenarnya tidak jauh bagi wargakota. Jika ada masa terluang, datanglah ke sini - yang tidak tahu jalan boleh jemput saya sebagai "tour guide" hehe.
“Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].
Di Atas Padang Sejarah
Antologi Puisi Perjuangan - Akan mula dijual akhir Februari 2013
Salina
Draf Akhir
Salina
Edisi Terhad
Salina
Naskhah Popular - kulit lembut
68 Soneta Pohon Ginkgo
RM40 Semenanjung Malaysia RM45 Sabah/Sarawak (Harga termasuk penghantaran melalui Poslaju) Setiap naskhah ditandatangani Pak Samad Emel: helmysamad@gmail.com untuk dapatkannya!