Semalam saya agak terkejut membaca satu berita tentang sekatan pinjaman untuk pelajar sebuah universiti di Selangor - milik Selangor.
Saya tahu sebelah pihak memperjuangan penghapusan pinjaman tersebut dan sebelah pihak lagi mempertahankannya. Itu hak perjuangan masing-masing. Saya akur.
Namun, janganlah bertindak sedemikian. Ini soal rakyat. Soal anak-anak hendak menimba ilmu. Jangan disekat-sekat. Jangan menyusahkan rakyat hanya kerana mahu membuktikan sesuatu. Kerajaan Pusat masih yang sama. Perlulah buktikan "Rakyat didahulukan" dalam terma rakyat diutamakan, bukan dimangsakan - saya harap itu terpahat dalam kepala (bukan kepala lutut) mereka ini.
Jadilah bijak dan amanah wahai pemimpin-pemimpin...jika tidak macam mana hendak sokong?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 reaksi:
Hampir semua pelajar malang di Unisel & Kuis ialah Melayu Islam.
Saya pasti tindakan tersebut tidak akan memberi faedah langsung kpd pihak yang ingin mendapatkan keuntungan politik.
Pandangan YB Khairy Jamaludin amat tepat.Bagaimanapun, beliau perlu bertindak dan bukan sekadar bercakap sahaja.
Post a Comment