header-photo

Kasut...

Saya perlu buang rasa ini: Setiap kali hendak ke masjid (terutamanya solat Jumaat),  saya risau tentang kasut saya. Sekali itu sanggup turun kereta dengan kaki ayam dan berjalan ke masjid. Ini sesuatu yang sangat tidak baik. Saya perlu lebih percaya kepadaNYA dan andai hilangpun saya perlu redha atas kehendakNYA. Perlu tenang dan rasa hormat bila beribadah - ini sesuatu yang perlu saya tanam dalam hati.

6 reaksi:

PakMail said...

Saudara Helmy,

Saya kira tidak salah sekali-sekali saudara turun kereta berkaki ayam ke masjid untuk solat Jumaat. Itu juga dikatakan rancang dan usaha.

Kita merancang untuk solat Jumaat di masjid dan kita berusaha agar kasut tidak hilang. Justeru kita boleh solat dengan tenang dan aman.

Kita juga bukan tidak percaya kepadaNYA. Tetapi kita tidak percaya kepada syaithan berupa manusia yang telah hilang rasa malu kepada Yang Maha Melihat.

Maaf, sekadar pandangan peribadi.

Helmy Samad said...

Terima kasih tuan :)

Anonymous said...

kalau naik bas nak tinggal kasut kat mana....

Helmy Samad said...

Tuan Anonymous,

saya memang lebih naik bas kini dan saya tinggalkan saja di luar. Namun, timbul rasa takut kehilangan itu. Saya ada juga nampak beberapa orang yang masukkan kasut ke dalam beg plastik dan kemudian ke dalam beg yang disangkut belakang.

Anonymous said...

jgn takut kehilangan kasut tapi bersyukurlah kerana kita masih ada kaki..

Helmy Samad said...

Salam.

Setuju Tuan atau Puan Anonymous :)