header-photo

Anak...

Lama sudah saya tidak bertemu dengannya sehingga apabila bertemu dia tidak mahu melihat pada saya. Setiap kali saya sentuh bahunya sambil gosok-gosok semasa di dalam kereta, dia akan menepis. Panggilan-panggilan saya kepadanya juga tidak diendahkan...
Rasa luka, tetapi tidak pula marah kepadanya kerana seorang anak itu tidak bersifat apa-apa buruk kecuali jujur kerana hatinya masih bersih. Saya cuma marah kepada diri sendiri kerana tidak menghabiskan lebih masa dengannya. Kena pula semasa cuti sekolah.
Namun, rajuknya tidak lama, alhamdullillah. Semoga dilapangkan masa dan diketepikan halangan-halangan yang saya hadapi untuk bertemu dengannya dengan lebih kerap lagi.

*Saya ada akses tidak terhad kepada Ali. Halangan yang saya hadapi adalah masalah sendiri :)

1 reaksi:

Mia said...

sangat comel Ali ni. semoga dia membesar jadi insan yang berguna dan berjaya dunia akhirat. Aaamin. :)