header-photo

Salam Y. Bhg Dato' dan Datuk...


"Dari Salina ke Langit Petang" selamat diterbitkan - alhamdullillah. Inilah proses penerbitan yang paling mencabar buat Wirabukit (setakat ini). Bermula dengan pemilihan judul-judul, input bahan-bahan ke dalam komputer, rekabentuk grafik, urusan ISBN dan data pengkatalogan (proses menjadi panjang dan memakan masa - tidak mengapalah, asal mereka mencapai ISO), pemilihan kertas (diimport dari...ya, mana lagi jika tidak Singapura) dan pemasaran, saya benar tidak sedar kita kini di penghujung Januari 2007!

Rancangan menerbitkan 8 judul untuk tahun 2007 adalah satu usaha mengukuhkan kedudukan Wirabukit. Ia juga satu penyataan - "Kami serius!"

Dan kerana itu kami sengaja memilih "Dari Salina ke Langit Petang" sebagai buku kami yang pertama untuk 2007. Tentu ada yang tertanya kedudukan hakciptanya kerana DSKLP ada dijual dalam bentuk "e-buku" di sebuah laman web. Saya tidak kisah sebenarnya tentang implikasi ini. Pada saya DBP telah menyenaraikan 18 judul (yang hak penerbitan dipegang oleh mereka) dan 11 darinya "dikembalikan" kepada Pak Samad. DBP juga menyenaraikan 7 judul yang tidak mampu mereka "pulangkan" lagi oleh sebab-sebab tertentu (sehingga hari ini Pak Samad tidak tahu sebabnya walaupun berkali ditanya dan berkali dijawab "akan diberitahu kelak" - sudah lama sangat kerana saya sudah 3 kali potong rambut!). Apa yang saya rasakan adalah pihak DBP harus tidak memikirkan tentang implikasi negatif ke atasnya kerana "memulangkan" hak penerbitan saki-baki judul karya Pak Samad. DBP harus memikirkan apakah implikasi negatif ke atas Pak Samad jika mereka tidak "pulangkan". Seorang penulis seperti Pak Samad perlu hidup. Royalti buku penting! Jika karyanya tidak tercetak dan mengharapkan stok terjual dengan penumpuan jualan gudang setiap akhir tahun, itu satu penganiayaan. Soal "tidak laku" sebenarnya satu mitos. Stok buku-buku Pak Samad terbitan Wirabukit untuk tahun 2006 habis! Malah "Rindu Ibu" yang diterbitkan tahun 2004 dan diberi nafas baru pada 2006 telah diulangcetak 5 kali!

Dan berbalik ke implikasi yang "mungkin" timbul hasil dari penerbitan "DSKLP" oleh Wirabukit...aneh bukan, "DSKLP" tidak tersenarai dalam 18 judul dalam surat rasmi DBP itu...mungkinkah mereka tidak tahu tentang kewujudan "DSKLP"? Tetapi, mengapa pula ada dijual secara e-buku?

Harapan saya, DBP "kembalikanlah" kesemua judul-judul yang masih di tangan mereka. Mereka patut berasa bangga ada pihak (ya, WBSB) yang sanggup memikul tanggungjawab memelihara dan menyuburkan karya-karya Pak Samad. Implikasinya positif jika benar DBP berwibawa dalam usahanya memelihara dan menyuburkan dunia sastera negara.

Apakata pembesar DBP? Y. Bhg Dato' Dr. Pengarah, Y. Bhg Datuk Pengerusi, bolehlah...

12 reaksi:

Nisah Haji Haron said...

Alahai, menggodanya buku itu... Kes tak nak pulang hak cipta - sudahlah tak mahu ulangcetak dan tak mahu buat promosi. Apabila dituntut kembali, tak mahu pulangkan. Bukankah ini suatu kes iri/dengki yang sangat nyata! Sedangkan buku teks pun tak mampu nak jual dan pasarkan, inikan pula buku sastera. Penerbit besar itu sudah hilang matlamat.

Cantik blogheader baru ni. Satu pembaharuan yang positif.

-Nisah-

Unknown said...

Salam.

Nisah, ada senaskhah untuk anda.

Saya lebih melihat dari sudut seorang ibu yang terlalu sayangkan anak lantas tidak rela melepaskannya...ya, macam dalam cerita PHSM lah...hehehe

"Header" ehsan saudari Emila Yusof.

Unknown said...

Tahniah di atas kelahiran DSKLP. Moga jadi pendorong untuk keluarkan lebih banyak lagi karya Pak Samad,

sinaganaga said...

Bila pula WB nak terbitkan buku aku, bang? Ha ha.

Unknown said...

Salam.

Bila larut malam tara kucha tara kucha cha cha...

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Helmy,

Cubalah terbitkan sahaja karya-karya itu. Tengok. Apakah DBP akan tarik WBSB ke mahkamah?

Unknown said...

Salam Puan.

Ada dua judul - "Salina" dan "Hujan Pagi" - yang DBP terbit bersama dengan Rhythm. Di sini saya melihat masalahnya.

Jika kita ke Pesta Buku cuba teka siapa jual kedua-dua buku ini?

Dan jika WBSB "langgar" saja dan terbit cuba teka siapa yang akan membawa WBSB ke mahkamah?

DBP harus "matikan" apa jua "jenis" perjanjiannya dengan Rhythm dan sekali lagi saya harap DBP bersikap "Gentlemen" dan memulangkan semula apa yang tidak mampu ia lakukan.

Sementara itu biarlah WBSB "yang baik budi, yang indah bahasa".

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Helmy,

(Jangan pegang cakap saya ini.) Tetapi saya yakin 'perjanjian' antara DBP dan Rythm itu tidak sah! Sebabnya, perbuatan DBP menyerahkan naskhah novel Dato' kepada Rythm itu tidak legal.

Ada ataupun tidak dalam dokumen yang Dato' tandatangani dengan DBP klausa yang denan terang dan jelas menunjukkan Dato' setuju melantik DBP sebagai agen dan mengizinkan DBP menyerahkan karya2 itu kepada pihak ketiga tanpa perlu mendapatkan pesetujuan Dato terlebih dahulu?

Unknown said...

Salam.

Puan, persoalannya kini bagaimana itu boleh berlaku?

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Helmy,

Ini akibat melantik pegawai editor buku supaya menjaga jabatan hakcipta dan undang-undang. Semenjak En. Halim Abdullah ikut langkah saya keluar DBP, DBP balik kepada tabiat lama, iaitu melantik bukan lulusan undang-undang menjaga urusan legal DBP.

Unknown said...

Salam.

Oh, patutlah cetak dan jual dahulu, lepas itu baru keluar kontrak...itupun bila ditanya...

Puan Ainon, adakah itu dianggap cetak rompak?

ulasbuku said...
This comment has been removed by the author.