header-photo

Anak teruna...

Salah satu hari yang saya takuti akhirnya tiba...

Dia sms...

Firdaus: Saya lulus dengan cemerlang walaupun memakai kasut yang tidak sesuai. Hahaha "champion"lah!

Saya: Lulus apa?

Firdaus: Ujian memandu!

Saya: Oh, tahniah. Bapak ada 24 kereta model Ferrari yang dibeli dari Shell ni. Pilihlah satu.

Firdaus: Hahahaha :p


Anak teruna saya, Firdaus sudah dapat lesen memandu...kepala saya tiba-tiba sakit...

Sahabat "gila"...

Saya ada seorang sahabat di Hanoi.

Dia "gila".

Tapi, saya memang memerlukan seorang sahabat yang gila.

Hidup, mustahil sempurna.

Perlu bantuan...

Salam.

Saya mohon rakan bloggers emel kepada saya nama dan alamat surat-menyurat. Ini adalah untuk membina "database" agar kelak dapat menyampaikan berita/jemputan/kad ucapan.

Emel: helmysamad@wirabukit.com

Terima kasih.

*Alamat dan nama alam nyata ya, bukan emel :)

Hutang dan hari raya...

Ramadhan baru minggu pertama, tetapi sudah ada iklan pinjaman peribadi hari raya oleh sebuah bank...

Saya rasa...

Tidak, apa yang saya rasa tidak penting. Persoalannya, perlukah kita berhutang untuk berhari raya?

Impian & realiti...

Impikan...
Mampukah?

Atuk dan latte...

Semalam saya berjumpa dengan salah seorang idola saya (zaman 20'an). Saya membesar dengar "Atuk" - yang hingga kini masih "Atuk" dengan "superbikes"nya.

Saya ingin sangat "bekerjasama" dengannya. Hingga kini masih tercari di mana "bisa" capai titik "kerjasama" itu.

Mungkin 2-3 gelas "latte" lagi yang diperlukan...

Apapun, dalam perjumpaan itu, kami sepakat dan sesuatu "bisa" berlaku dalam industri dunia penerbitan.

Tanda...

Siang...

"Parsley ada aunty?"
"Ada," dia berjalan menuju bahagian sayur-sayuran.
"Bukan inilah aunty..."
"Hah? Ini parsley laaa."
"Bukannnn...," saya pula berjalan menuju bahagian sayur-sayuran. "Haaa ini ada apa?"
"Aiyaaa, itu celery la, bukan parsley!"
"Huh? Aiseyyyy lupa la aunty."
"Lu muda lagi sudah lupa."

Heh...aku nampak muda, tapi mudah lupa dan keliru...
*Parsl...eh celery cicah blue cheese...
Malam...

Sms Pak Samad - Cheque yang anda beri bertarikh 14 sep 2008!
Sms saya - Astagaaaa...kan saya kata saya sudah tua!
Sms Pak Samad - Hahaha.........

"Mencari" di Ramadhan

Cermin.

Terimbas akhir 90'an sebentar tadi...

Saya hidup kais pagi makan pagi...ia bukanlah kerana disebabkan oleh sesiapa kecuali diri saya sendiri. Saya mampu sekurangnya cuba "bangkit", tetapi sememangnya tiada "semangat" dalam diri ini. Jadi, sambungnya...kais petang makan petang.

Rezeki di tangan Allah. Saya hanya perlu niat dan berusaha. Saya sememangnya tiada "semangat". Jadi, terbukti...rezeki di tangan Allah. Tiada semangat, tiada niat dan tiada usaha. Saya masih di sini. Ajal belum sampai.

Saya merenung cermin tadi. Lihat diri sendiri. "Betapa beruntungnya aku ini!...Allah Maha Besar! Maha Esa!" bisik hati.

Ini bukan untuk sesiapa. Ini untuk saya...saya bertanggungjawab atas diri saya sendiri. Mudah. Rezeki kita di tangan Allah. Terlalu mudah. Hanya aku dan cermin.

Begitulah kisah yang saya terjumpa malam ini.

Cermin!

"A" = Ali...

Sebelum ini dia memang pakai sarung tangan sepanjang masa. Lawatan ke doktor pakar menasihati sebaliknya. Dalam masa 3 minggu memang nampak ketara pergerakan tangannya. Ali semakin cepat "belajar" mencapai, merasa dan memegang.

Masalahnya, dalam usia sebegini, sebenarnya saya masih "hijau". Muka Ali bercalar-balar.

Ah, sepatutnya masa dia tidur tangannya disarung kembali...


Beratnya kini 7.2kg. Tidak banyak masalah kecuali bila hendak tidur malam...dia seakan "tidak mahu hari itu berakhir". Waktu tidurnya 9 malam. Bangun pukul 8 pagi. Antara pukul 2-3 pagi dia "merengek" sedikit, minta susu.

Suka: Mandi, Animal Planet - terutama bila nampak anjing dia akan terpaku dan terkekek, buku "Animal Farm", memerhati sekeliling/orang dan tak pakai baju.

Tidak suka: Gelap, dibiarkan sendirian dan ular (setiap kali terlihat ular di Animal Planet dia akan merengek).

*Ini entri terakhir mengenai Ali di sini. Blog Ali sedang dibangunkan.

Ramadhan 2

14 Ramadhan 1382...

Aku dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau - Singapura - sebaik selepas zohor.

Sebelum itu keluarga diberitahu, ada komplikasi - songsang - dan kemungkinan kehilangan salah seorang - emak atau kandungan - adalah tinggi.

Dr. Solomon, seorang doktor bangsa Yahudi dipanggil. Dia melihat emak dan memegang kandungan. Tangannya mula menolak dan mengurut. Emak semakin gelisah...

Akhirnya kandungan berjaya ditolak ke posisi sepatutnya.

Aku dilahirkan dengan kelahiran biasa.

Aku memperingati Dr Solomon...

Aku tertanya, apa jadi dengan Hospital Kandang Kerbau?

*Gambar dari National Library Board Singapore

Ramadhan 1


Malam ini
angin lesu menyentuh hati;
berbisik,
Ramadhan di ufuk
menagih keinsafan
yang menjanjikan kenikmatan.

Dan malam ini,
aku berdoa;
Ya Allah,
izinkanlah aku
merasai keinsafan
dan kenikmatan itu sekali lagi.

Amin.

Masalah dalaman 2.0...

Ini kisah benar...

A: Rugi kalau tak masuk!
B: Aku tak ada duitlah...
A: Kan ada duit biasiswa tu! Guna dulu, nanti dapat berganda!
B: Tak bolehlah. Aku takut.
A: Apa nak takut? Ini peluang terhidang. Rugi kalau tak masuk!
B: Tak apalah...
A: Inilah Melayu. Orang nak tolong, dia tak mahu pula. Nanti orang lain kaya, dia sakit hati pula...

Itu beberapa bulan yang lepas. Ini berlaku di UITM (lokasi saya rahsiakan) - Pelajar-pelajar direkrut oleh sebuah syarikat "multi-level". Saya dengar ramai juga pelajar yang "masuk" dengan menggunakan duit biasiswa.

Persoalan: Mengapa syarikat sebegini begitu "desperate"? Tidak sedarkah bahawa mereka meletakkan tekanan kepada pelajar?

*Pelajar yang rekrut pelajar lain itu kini hendak berhenti belajar sebab menerima tekanan dari "downline" - senario sebenar tidaklah seindah kata-kata "orang atas"...

Masalah dalaman...

Kita sering merasakan kebenaran milik kita. Tindakan mereka disekitar yang tidak menepati citarasa dan fahaman terus dilabel salah.

Ambil contoh seorang pembesar sebuah organisasi bahasa yang menubuhkan sebuah syarikat penerbitan yang memberi penekanan kepada bahasa lain, selain bahasa organisasi yang diterajuinya.

Ambil contoh sebuah syarikat penerbitan yang menerbitkan sebuah buku - penerbitannya didanai - dan meletakkan harga lebih kurang enam kali ganda dari kos.

Ini mengganggu saya. Saya rasakan ada sesuatu yang tidak betul. Dan saya - pada mulanya - rasakan mereka salah.

Tapi, itu hak mereka bukan? Tentu saja mereka ada perancangan yang tersendiri. Siapa saya untuk melabel mereka? Mungkin "jalan" kami berlainan, tetapi mungkin saja tujuan itu sama.

Apa yang penting, saya (dan mereka) teruskan usaha menjayakan matlamat yang terpahat.