header-photo

Guli...

Terbaca dalam akhbar semalam tentang bunyi guli yang dijatuhkan tengah malam.

Saya pernah alami perkara sebegini. Di tengah malam bila suasana sunyi dan sepi tiba-tiba terdengar bunyi guli di lantai unit atas. Ini berlaku terutamanya bila saya keseorangan.

Bila kerap berlaku, akhirnya saya ambil keputusan untuk pergi ke unit atas dan menegur jiran saya itu.

Sekitar jam 2 pagi waktu itu. Saya menekan suis loceng unit atas. Menanti. Menekan. Tiba-tiba jiran bersebelahan membuka pintu dan berkata bahawa unit itu kosong. Saya rasa bulu tengkuk rasa meremang.

Sekembali di unit saya, sebaik melabuhkan diri di tilam, tiba-tiba terdengar bunyi banyak guli yang dijatuhkan. Rasa seperti diperli pula.

Namun, kini saya tahu, hantu suka main guli...

3 reaksi:

SITI ZAINON ISMAIL said...

Oooh guli. Gimana dengan bola besi digolekkan setiap tengah malam. Jengkel marah...ini anak hantu betul, hobinya melereng bola bowling setiap pulang kerja malam. Emaknya pula menumbuk rempah setelah saja azan melantun? Mereka keluarga moden tapi masih membawa cara makan macam zaman Mughal dulu-dulu/ Setiap kali mereka menggelek bnola atau menumbuk bising saya juga mengetuk lelangit/lantai dengan tangkai penyapu berikat genta - perang dingin. Mujur mereka alah dan pindah kerana setiap hari saya memasukan gambar anak hantu main bola besi di dalam kotak suratnya haaah.

S.K said...

Masa saya tinggal Bedok dulu, dalam jam 9 lebih malam, saya tengah buat kerja sekolah, nanti, diaroang mula main PINGPONG kat tembok sebelah meja...
Kat Eunos, saya dengar yang main guli...
Kat Marine Parade, bila tidur atas lantai, dengar orang main ketuk-ketuk...

Diaorang banyak permainan, bro... macam kita jugak, agaknya...

Wassalam.

S.K said...

Oh yah... lupa... yang main congkak juga pernah dengar, hehehehehe...

Jadi, permainan tradisional ada, permainan moden pun ada =D

Wassalam.