Saya sememangnya elak berbuka puasa di tempat-tempat yang adakan buffet. Selain dari saya tidak makan banyak untuk berbuka, saya juga tidak mahu terperangkap dalam mainan nafsu perut yang lapar. Pasti kita pernah lihat porsi besar yang diisi dalam pinggan. Pelbagai pula. Tidak cukup sepinggan, ada yang isi dua atau tiga pinggan. Bukan apa, takut juadah yang terhidang habis. Air pula kadang bergelas. Ada air bandung. Tidak cukup, diambil teh tarik. Lepas itu ABC atau cendol...
Akhirnya, selain kita senak, boleh tahan juga lebihan makanan di atas meja. Dan kita lupa bahawa waktu maghrib itu tidak lama.
Saya faham sebenarnya. Berbelanja buffet di banyak tempat kini bukan murah. Jadi itu tentunya kita mahu pastikan kita untung.
Saya tidak nyatakan saya tidak akan berbuffet. Jika ada jemputan dari keluarga rapat dan kenalan, insyaAllah saya hadir - jika mampu. Bukan untuk kenduri makan, tetapi sebenarnya untuk rapatkan silatulrahim. Mungkin ada saudara atau kenalan yang sudahpun beranak 3 tetapi saya tidak tahu atau kerja di tempat lain atau sudah berkahwin lain, begitulah.
Selamat berpuasa dan berbuka (bila masanya tiba) semua :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 reaksi:
Selamat Berpuasa. :)
Post a Comment