header-photo

Sivik...

Saya bermalam di rumah emak di Subang Jaya semalam setelah menonton The Wrath Of The Titans di The Summit - tiada apa sangat tentang filem ini.

Selalunya saya naik bas untuk ke Kelana Jaya. Dari sana saya naik elarti ke KLCC untuk menaiki bas ke Ampang. Namun tergerak hendak menaiki komuter setelah lebih 5 tahun agaknya.

Ada  gerabak wanita pada komuter kini. Namun, saya perasan juga ada lelaki yang selamba saja duduk atau berdiri di dalamnya. Saya beranggapan...

1. Mereka ini tidak tahu membaca.
2. Tidak sedar/perasan.
3. Tidak ambil peduli/tidak hormat.
4. Rasa mereka itu wanita.

Setibanya di Sentral, saya terus ke stesyen elarti. Dalam elarti saya sedar...tempat duduk "istimewa" sememangnya milik mereka yang fikir mereka "istimewa". Ramai yang buat-buat tidak sedar atau tidur. Ada juga penuh sedar, tetapi mungkin tiada rasa. Kakak yang mengandung depannya itu, dia buat tidak tahu saja.

Dan sepanjang perjalanan, saya perasan juga ramai yang suka sangat gunakan lif di stesyen-stesyen elarti. Saya nampak jelas papan tanda "Orang Kurang Upaya". Apa yang saya nampak mereka semua berupaya, tetapi tetap menggunakannya.

Pelik orang-orang Lembah Kelang ini.

Namun, dalam semua ini saya teringat suasana menaiki ERL di Sentral untuk ke Putrajaya. Penggunanya beratur!

Rupanya kesedaran sivik ini bertempat dan bermasa ya :)

3 reaksi:

Dida mumin♥ said...

saya setujuj bahawasanya kesedaran sivik itu bertempat dan bermasa...kdg2 mengikut individu itu sendiri jugak!

Anonymous said...

cuba naik komuter pada waktu puncak terutama masa balik kerja. saudara mesti akan ada byk benda yang nak di kongsi di sini.

Anonymous said...

Bro, aku ada gak naik LRT/komuter (kurang2 sekali dlm setahun)& sangat terkejut keadaan sama mcm zaman bas Foh Hup & Tong Foong dulu. Kalau memandu kita jumpa perkara yg sewaktu dgn nya; laluan kecemasan jadi laluan memotong. Bila la masyarakat kita nak ada kesedaran sivik di tahap yg dikehendaki.... CHOt