header-photo

Kekal Muda...

"Aku tidak mahu semakin bijak matang...aku hanya mahu kekal muda..."
Lelaki-lelaki "G"...

Sumpah...

Dahulu semasa memandu saya sering berhadapan dengan pemandu yang setelah beratur di tol, bila tiba gilirannya barulah hendak tercari-cari tiket atau wang. Saya beli "Touch & Go", ada juga yang tersalah masuk barisan dan terpaksa berundur. Saya beli "Smart Tag", perkara sama berlaku. Mungkin sebab saya agak mudah tersinggung dengan perkara-perkara kecil sebegini, kini saya naik bas sahaja.

Jadi tadi saya beratur di sebuah kafe di mana memang tempat saya santai. Barisan tidaklah panjang, tetapi bila tiba giliran pelanggan depan saya...

"Good evening," sambut juruwang.
Senyum, dia agak berteka-teka. "Errrr..."
"What can I get you? Hot or Cold drinks?"
"Errrr...hot...eh coldlah."
"Frappucino?"
"Errr yes. Gimme Mocha..."
"Mocha Frap, size?"
"Eh, gimme Java Chiplah..."
"Size?"
"Eh awak, ambil Mochalah," kata kawannya yang satu lagi.
"Mocha? Errr boleh tukar balik ke Mocha tak?"
"Boleh. Size?"
"Errr sederhana saja."
"Satu saja?"
"Eh, awak nak apa?" tanyanya kepada kawan.
"Aku nak Mochalah."
"Abis aku?"
"Kau ambillah yang lain."
"Errr air apa best hah?"

Saya boleh tulis lebih panjang tentang "errr sizenya", tetapi biarlah saya menikmati kopi saya dengan aman kini.

Apalah nasib saya...mungkin kena sumpah :)

Hujan Pagi...

Blog dedikasi khas karya-karya Pak Samad kini di http://samadsaid.blogspot.com/.
Akan diisikan dengan artikel-artikel, puisi, lukisan, video, gambar dan entri fb/twnya.
Blog ini dinamakan Hujan Pagi. Harap dapat sambutan :)

Rahmat...

Ramadhan hampir tiba dan saya masih terkapai-kapai mencari sesuatu yang memungkinkan saya berdiri teguh. Hidup sebenarnya mudah kata pujangga. Yang susah adalah kita sendiri - baca: kita yang menyusahkan diri sendiri.

Jadi saya kini sedang merancang pelbagai rancangan. Tidak tahu jadi atau tidak. Yang penting rancang dan usaha kerana jika diizinkanNYA, pasti hidup ini akan disinari rahmat.

Kasut...

Saya perlu buang rasa ini: Setiap kali hendak ke masjid (terutamanya solat Jumaat),  saya risau tentang kasut saya. Sekali itu sanggup turun kereta dengan kaki ayam dan berjalan ke masjid. Ini sesuatu yang sangat tidak baik. Saya perlu lebih percaya kepadaNYA dan andai hilangpun saya perlu redha atas kehendakNYA. Perlu tenang dan rasa hormat bila beribadah - ini sesuatu yang perlu saya tanam dalam hati.

Menulis...

Pada saya, menulis itu mudah. Yang susahnya adalah tanggungjawab yang perlu dipikul atas tulisan itu.

Di mana Cinta...

"Walaupun malam kelam, namun aku tahu di mana cinta kamu..."

"Di mana wahai kekasihku?"

"Di hati ini. Tidakkah kau juga rasa begitu?"

Hantu...?

Saya pernah bercerita tentang "Guli" dalam entri lalu. Kejadian "guli" ini banyak berlaku, terutama yang tinggal di apartmen atau kondo. Jika tinggal di rumah biasa perkara yang sering berlaku adalah sesuatu seperti berlari di atas siling. Ini juga sering berlaku. Pengalaman saya menyatakan ia adalah tikus, cencorot ataupun musang, tetapi pada suatu malam terdapat ramai pula tikus atau cencorot atau musang yang berlari di atas siling hingga mengganggu saya. Ini berlaku sepanjang malam (selepas jam 12) dan akhirnya sekitar jam 2 pagi lebih saya yang sudah tidak tahan keluar mengambil tangga dan panjat ke ruang yang boleh dimasuki untuk ke atas siling. Membuka permukaan, saya ke atas setengah badan dan dengan lampu picit, saya menyuluh-nyuluh, tetapi tiada apa pergerakan. Pelik, sepi. Saya tutup permukaan dan turun. Sebaik di bawah saja, bunyi itu kembali.

Saya naik semula. Buka permukaan, suluh dan...saya tergamam. Ia bukan tikus atau cencorot atau musang. Hanya di situ ia bertenggek, tersenyum...

*Cerita "Guli" : http://helmysamad.blogspot.com/2010/03/guli.html

Warna...

Banyak-banyak warna, kerinduan mewarnai malamku ini...


Selamat malam semua. Semoga sejahtera semua :)

Mampus...

Tadi semasa saya naik bas...

Drebar: Apa yang bising-bising tu?
Konduktor Wanita pergi ke belakang terjengah-jengah melalui tingkap bas..."Ooooo ada C... mampuslah...," dengan agak kuatnya.

Saya melihat sekeliling. Nampak wajah-wajah yang berubah dan tidak senang. Saya rasa jika kita tidak tahu berbahasa dengan baik, lebih baik tutup mulut saja. Mana rasa malu? Atau memang tidak dididik langsung?


*Saya turun diperhentian seterusnya dan naik bas lain. Bas itu saya "blacklist".
** C (bangsa)

Kafka...


Saya bertemu dengannya pagi tadi dan seperti kebiasaan dia akan bertanya, "Buku apa yang saya baca?" Dan seperti biasa kebelakangan ini saya akan jawab, "Murakami..." Dia juga tahu saya ulang baca karya-karya Murakami (Haruki) akhir ini. Dia juga tahu saya tercari-cari satu karya Murakami - Kafka On The Shore. Saya ada dua naskhah, tetapi entah di mana. Habis saya selongkar kotak-kotak buku di stor.

Akhirnya...
"Mari kita ke KLCC," katanya.
Dia belikan. Dan sempat kami berjenaka - dia, Rahmat dan saya - tentang penulisan saya. "Jangan jadi Haru Kami sudahlah..."

NKOTB...

Ada cafe baru kini...
Kini McD sudah ada kafe...
Ini saya temui di McD Kota Damansara...
Tetapi, Iced latte & Iced Chocolatenya punyalah manissss ;) 

Santai minda...

Semalam ada ustaz beritahu, ada ceramah atau kuliah ugama tepat pukul 12 malam dipaksa berhenti, tetapi kalabul-kalabul malami dan pusat-pusat hiburan lain ok saja sampai subuh...dah bila difikirkan, memang benar ini berlaku.

Dia sambung lagi, orang kata kita bertuah tiada bala seperti gempa bumi atau gunung berapi - ertikata lain Allah tidak murkai kita, tetapi bala itu datang dalam pelbagai bentuk. Cuba kira orang yang (mengaku/lahir) Islam tetapi tidak solat, tahu baca Al-Quran, hukum-hakam agama dan sebagainya di sini. Bukankah itu juga bala?

Ini membuatkan saya resah dari semalam hingga kini...semoga kita semua diberkati dan beruntung...

Penulis...

Seorang penulis patut bangga dengan profesionnya dan tidak puas dengan hasil kerjanya. Bukan bangga dan puas akan dirinya sendiri.


Ini kenyataan "lepaskan" diri sebenarnya...

Anak Tunggal...

Anak tunggal beginilah. Bila tidak ada kawan, dia guna imaginasinya sendiri.
Apa dalam fikirannya sesuatu yang sangat saya mahu tahu sebenarnya...

TAR...

Malam semalam agak sukar untuk tidur nyenyak - kerap terjaga. Dari jauh kedengaran bunyi-bunyi yang entah apa - tidak difahami minda yang mengantuk...

Tengah hari tadi semasa berjalan ke perhentian bas, baru kebisingan semalam masuk akal. Jalan-jalan besar sudah ditar.

Oh...ini petanda pilihanraya sudah hampir :)

Wide Boy...

Dia kata saya ini "wide boy"...

Saya jawab, "Well, aren't we all..."

*Makna "Wide Boy".

Duit...

Ada orang tanya saya, "Jika ada duit apa kau nak buat?"

Saya geleng sebab ini soalan bodoh...sudah ada duit kena berbelanjalah wahai kawanku yang "noob!"

Komen...

Kepada pembaca budiman, saya membaca setiap komen anda dan saya hargainya walaupun ada yang tidak terbalas. Ini mungkin kerana sifat semulajadi dan akan saya perbaiki.

Terima kasih kerana baca :)

Hari Bapa...

Mereka kata hari ini Hari Bapa...
Apapun, saya kira hati seorang bapa - tunggal - adalah sesuatu yang tidak mudah difahami apalagi ditakluki...selain dari anaknya sendiri.
Sejahtera buat semua :)

Hati...

Saya tidak tahu berapa kali hati ini hancur...
Anehnya, saya masih boleh merasa hingga saat ini...

Firdaus...

Semalam hari lahir ulangtahun yang ke 24 buat anak saya Firdaus. Hanya sms dan kata-kata ucapan dan penerangan yang mampu saya berikan. Dia seorang anak yang baik dan doa saya sepertimana yang saya lakukan selepas setiap solat...juga setiap kali teringatkannya.

Semoga anak-anakku menjadi sebaik-baik manusia di muka bumi ini. Semoga mereka dikalangan manusia yang beruntung di dunia serta akhirat.

Amin.

Kad...

Hingga hari ini saya masih tersenyum...
...dilekatkan di dinding tepi tilam, sebaik terbuka mata ini yang saya nampak...
...mungkin tidak banyak makna buat anak berumur lima tahun (kerana dipaksa buat oleh guru), tetapi begitu besar maknanya buat seorang bapa :)

Ultraman...

Kadang-kadang saya rasa henfon saya ini "Ultraman". Guna lebih saja mulalah baterinya tercungap-cungap..

Hati...

Terimbas beberapa hari yang lalu...

Waktu itu saya sangat teruja untuk menunjukkan teman sesuatu. Aksi itu diperinci dalam mesej peribadi di mukabuku. Dalam keterujaan itu saya membuka dan menunjukkan perbualan tersebut. Lupa bahawa dalam perbualan tersebut ada terselit juga beberapa perkara yang berkait teman. Perbualan ini antara kawan yang telah lama menjalin silatulrahim. Tentunya sangat terbuka. Teman yang melihat dan terbaca itu nampak tergamam. Saya tahu dia terluka, tetapi mungkin dia belajar dari pengalaman yang lalu - dia buat tidak endah. Saya pula sangat terbuka. Jika boleh saya mahu kongsi bersama kerana "inilah saya".

Saya sedar sesetengah perkara tidak boleh dikongsi. Hati manusia sesuatu yang sensitif, senang terasa, tersentuh dan terluka....

Bapak...

Dua tiga hari ini hidup saya serba tidak kena. Fikiran saya melayang ke temuramah yang dilakukan beberapa minggu yang lalu. Saya tahu temuramah itu akan keluar di akhbar hari ini (Isnin). Saya tertanya dan cuba imbas sama ada saya ada bercakap tentang apa-apa yang tidak baik atau tidak betul tentang "bapak". Setahu saya, memang tiada apa yang tidak baik kerana begitulah dia kepada saya.
 Tidak mudah menjadi anaknya, tetapi saya bersyukur ada seorang bapa sepertinya :)

Gorpis...

Saya tidak sangat tahu khasiatnya...
...tetapi, ini memang kegemaran saya + kopi O :)

Catat...

Semalam agak panas. Bumi nampak kering dan terasa menyerap diri - perlu minum kerap. Duduk di rumah tidak membantu. Selain melihat skrin komputer yang menanti arahan dari minda yang kering dan layu, saya  cuba membaca beberapa buku. Semua serba tidak kena...

Dalam perjalanan ke tempat biasa, banyak yang saya fikirkan. Banyak juga yang saya perlu lakukan. Dan apabila saya tiba di tempak kebiasaan saya, seperti biasa, secangkir kopi menjadi teman dalam saya membaca buku, menulis apa yang perlu sambil melihat masa yang terisi watak-watak tertentu berlalu.

Saya teringat tentang kata-katanya, "Marilah kita doakan yang baik-baik sahaja buatnya." Saya juga sering begitu - mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain bila melihat sesuatu yang dirasa tidak betul. Mendoakan kebaikan lebih baik dari mengutuk atau berkata sesuatu negatif.
Jadinya, saya hanya tersenyum melihat ini dan tertanya, "Adakah yang benar-benar hubungi?" Dan, sempat juga mengandaikan ini semua kerja anak-anak yang nakal....

Alhamdullillah, malamnya hujan turun dan tidurku enak :)

Jadilah Bijak Dan Amanah Wahai...

Semalam saya agak terkejut membaca satu berita tentang sekatan pinjaman untuk pelajar sebuah universiti di Selangor - milik Selangor.

Saya tahu sebelah pihak memperjuangan penghapusan pinjaman tersebut dan sebelah pihak lagi mempertahankannya. Itu hak perjuangan masing-masing. Saya akur.

Namun, janganlah bertindak sedemikian. Ini soal rakyat. Soal anak-anak hendak menimba ilmu. Jangan disekat-sekat. Jangan menyusahkan rakyat hanya kerana mahu membuktikan sesuatu. Kerajaan Pusat masih yang sama. Perlulah buktikan "Rakyat didahulukan" dalam terma rakyat diutamakan, bukan dimangsakan - saya harap itu terpahat dalam kepala (bukan kepala lutut) mereka ini.

Jadilah bijak dan amanah wahai pemimpin-pemimpin...jika tidak macam mana hendak sokong?

Buat Teman...

Buat teman...
Kau miliki kemahuan hatimu, tetapi kenapa mahu lebih?
Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Barangsiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia berkata benar atau diam saja”.
[HR Bukhari Muslim]


Anak...

Lama sudah saya tidak bertemu dengannya sehingga apabila bertemu dia tidak mahu melihat pada saya. Setiap kali saya sentuh bahunya sambil gosok-gosok semasa di dalam kereta, dia akan menepis. Panggilan-panggilan saya kepadanya juga tidak diendahkan...
Rasa luka, tetapi tidak pula marah kepadanya kerana seorang anak itu tidak bersifat apa-apa buruk kecuali jujur kerana hatinya masih bersih. Saya cuma marah kepada diri sendiri kerana tidak menghabiskan lebih masa dengannya. Kena pula semasa cuti sekolah.
Namun, rajuknya tidak lama, alhamdullillah. Semoga dilapangkan masa dan diketepikan halangan-halangan yang saya hadapi untuk bertemu dengannya dengan lebih kerap lagi.

*Saya ada akses tidak terhad kepada Ali. Halangan yang saya hadapi adalah masalah sendiri :)

Di Garisan Permulaan...

Hari ini hari agak istimewa buat saya...Saya di garisan permulaan sekali lagi!
Kawan baik beri bonus perangsang :)

Nasi Campur...

Ini sesuatu yang jarang saya lakukan...
Hari ini dapat juga makan nasi campur Melayu.
Selama ini kalau makan nasi, makan nasi kandar sahaja...

Kemeja T...

Ok, saya sedang cari desain-desain dan kreatif menarik untuk projek kemeja T saya...
Siapa berminat sila e-emel saya :)

Kucing...

Saya ada tiga ekor kucing...
Abang, dia bersama saya sejak 1999...
Kakak - 2006
Dan Omar - 2007.
Setiap kali melihat mereka, saya berdoa agar mereka mendapat lebih dari apa yang ada kini.

Sadis...

Kelas pertama menunggang motosikal...
Tunggang basikal! Itu kata kawan...haha sadis!

Emak...

Dalam hujan pagi yang membasahi bumi  ini, aku terkenang emak yang sudah lama tidak sihat. Aku jadi sesayu  alam yang mendung. Dan dalam kesayuan, aku sedar, aku rindu padanya. Dan setiap kali wajahnya  menjelma, berdikit meredakan jiwa...

Semoga emak diberi kelapangan, keringanan, keredaan dan ketabahan dalam mengharungi hidup ini...

Dirgahayu...

Melihat bilik penyimpanan buku-buku, saya rasa perlu dikemas dan kurangkan stok. Dengan itu, akhir ini saya lebih banyak membuat jualan buku dan lukisan kepada peminat-peminat Pak Samad. Selain jana dana, saya juga bersedia untuk ruang menyimpan buku-buku yang bakal diterbitkan.

Beberapa judul seperti Lantai T. Pinkie dan Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri telahpun habis. Rumah Rahsia pun tinggal sedikit. Dalam semua ini saya terjumpa beberapa bungkus naskhah yang telah dilupakan - Dirgahayu Mahathir. Ini adalah buku proses penulisan puisi but Tun Mahathir pada 2003.

Saya sedang timbang-timbang jual...