header-photo

Cerita sahur...

Dari mula puasa (ramadhan kali ini) saya mula tanak masak nasi untuk bersahur. Menunya ringkas. Nasi, kicap dan ikan kering atau telur goreng atau ikan bilis. Begitulah.

Ada orang kesian kasihan, "Nasi dan ikan kering saja campur kicap?"

Jangan salah anggap, saya memang senang begini. Nasi panas, kicap dan ikan kering memang membuka selera. Saya boleh cerita panjang tentang diet sebegini, tetapi ini bukan kisahnya.

Kisahnya bermula semalam, sekitar jam 4.00 pagi. Saya mula masak nasi. Beras dibasuh (beras basmathi tahu!) dalam periuk yang dipinjam dari pereka bentuk (designer lah) buku-buku terbitan syarikat saya yang tinggal sepelaung..ok, mungkin dua pelaung. Setelah puas dengan kebersihan beras dan paras air, saya letak atas tempat masak dan kembali buat kerja sedikit.
(Tidak, ini bukan nasinya. Ini hanya gambar hiasan - sejenis minuman buah yang hebat di Mekah.)

Sekitar jam 5 pagi saya terperasan, kenapa senyap dan tidak ada bau nasi?

Mungkin saya rasa amal ibadah saya terlalu marveles hebat pada ramadhan kali ini, tetapi ketahuilah, lain kali jika hendak masak beras Basmathi yang dibasuh bersih-bersih siap dengan sukatan air yang diamalkan temurun dalam periuk yang dipinjam dari pereka bentuk buku, perkara akhir yang paling penting sekali adalah, nyalakan api pada tempat masaknya itu ya. 

Sudah. Saya sudah lepaskan apa yang terbuku dalam hati. Sahur pagi ini, roti dan serunding daging .

Bukan apa, beras yang dimasak tadi separuh masak pula...gas habis :p

1 reaksi:

Unknown said...

waahhhhh, sedapnye nasi lauk kicap! lagi best kalau ada bawang besar(yg dirajamg halus) goreng.. memang membuka selera!