Jika kita perasan, cuaca waktu ini sudah macam masuk musim tengkujuh - sekurangnya itu yang saya rasai di Lembah Kelang. Tidak tahulah bagaimana cuaca di negeri lain.
Cuaca sebegini tentunya mempengaruhi "mood" apa saja yang hidup. Kucing-kucing jantan terutamannya waktu sebegini akan lebih garang dan akan menyerang - untuk mempertahankan wilayahnya - kucing-kucing jantan yang lain - sebab itu jika anda ada kucing jantan, akhir ini tentu saja ada luka-luka sana sini.
Kucing betina juga tidak terkecuali sebenarnya. Mereka juga diserang. Cuma serangannya berlainan sedikit. Ada yang rela. Ada yang tidak. Tetapi, hasilnya sama. Tidak lama lagi akan bertambah populasinya.
Dan bercakap soal serangan, manusia juga tidak terlepas. Akhir ini banyak serangan yang dilakukan manusia sesama mereka. "Tool" manusia ini lemah dari segala bentuk fizikal kecuali akal - lantas terikat dengan undang-undang dunia dan akhirat. Kerana itu kita perlu perkakasan baik berupa senjata, kenderaan, gajet dan apa sahaja yang ada - lihat saja diri anda. Kucing tidak perlu semua itu. Ia bergerak dengan naluri semulajadi. Dia tidak perlu baju, kasut atau jam apa lagi telefon pintar. Maklum itu beza binatang dengan manusia.
Jadinya sebesar mana kita fikir diri kita ini, akhir selain hujan, akan turun juga kita masuk kubur. Tubuh fizikal dimakan ulat dan cacing. Tubuh halus ada kemungkinan dibelasah berulang abang malaikat yang taat setia kepada Allah yang Maha Esa. Itu belum kira waktunya kita dibangkitkan.
Dan sebagai manusia yang lemah - memang kita lemah - kita ini sebenarnya mencari apa? Ramai keliru dan mungkin sahaja terhijab. Yang benar bukannya susah sebenarnya. Mencuri salah. Membunuh salah. Memfitnah salah. Berzina salah dan sebagainya - semuanya telah termaktub dalam al-Quran. Dan sebab terkeliru dan mungkin terhijab, manusia mendera akalnya untuk membolehkan hal-hal sebegini menjadi perlu atau betul atau halal. Ada yang belit ayat-ayat suci hingga mencuri itu perlu - atau ada definasi yang sesuai bagi citarasanya - atas sebab "survival". Sama juga membunuh atas sebab-sebab agama. Memfitnah bukan fitnah tetapi pertanyaan atau selorohan dan sebagainyalah. Maklum sahaja bila akal kurniaan Maha Pencipta itu disalah guna. Kita terlalu terbuai duniawi dan sebab itu mungkin manusia seperti saya ini amat susah atau terhijab dari pemikiran tentang persediaan ke alam lain.
Akhirnya apa yang benar? Jika ini ditanya, ia bermakna anda sebenarnya dalam satu masalah yang besar.
Terimbas kembali kepada sang kucing, baik yang jantan atau betina, saya selalu berkata, "Korang ni boleh tak jangan pancut atau buang merata?" sambil merenung kepada mereka. "Goldfish", kucing alpha di sini buat tidak tahu dan saya pasti saya terdengar, "Ada aku kisah?" darinya.
"Ada aku kisah?" sebenarnya beza kita dengan binatang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 reaksi:
Post a Comment