Saya sedang bercukur bila lahir rasa seperti, "Apa sebenarnya aku ini?" di hadapan cermin dan rasa ini berkembang kepada persoalan-persoalan lain - lebih kepada penilaian diri sendiri.
Saya tahu hidup ini terlalu singkat dan untuk menyelami isi hati orang lain (apalagi menyibuk) adalah satu usaha yang sebenarnya membuang masa dan merugikan. Jadinya saya kurangkan masa di laman maya.
Saya rasa kita terlalu khayal dengan duniawi, tentang kebendaan, tentang pegangan hidup orang lain dan ini merebak hingga kita menyatakan sesuatu - yang kita rasa tetapi tidak tahu hujung pangkal apalagi benar atau tidak.
Saya mahu baiki diri. Saya mahu fikir tentang diri saya - segala yang saya fikir dan lakukan. Saya mahu syurga.
Dan jika itu menyalahi, saya pasti ada sesuatu yang sangat salah dalam kehidupan ini.
0 reaksi:
Post a Comment