header-photo

Pak Samad dan Dunianya...

Pernah saya bertanya kepada Pak Samad samada dia membaca kesemua buku-bukunya itu. Dia tersenyum. Cas_113 Kalau di kira usianya dan dibahagi dengan jumlah koleksi bukunya, saya tidak menjumpai jawapan yang munasabah. Dari koleksi bukunya yang ada di 3 buah rumah - Ampang, Bangsar dan Subang Jaya (yang kebanyakkannya saya simpan kini) - satu persoalan lain timbul: Berapa jumlah wang yang Pak Samad belanja selama ini? Cas_114

Kini, buku-buku koleksi Pak Samad - di Ampang - sedang dalam proses dikumpulkan, dibersihkan, direkodkan dan yang sama akan dilakukan di Bangsar dan Subang Jaya oleh pihak Perpustakaan Negara yang akhirnya menunjukkan minat dan komitmen untuk memperolehi koleksi ini untuk disimpan - pelihara - dan dikaji.Cas_122

Saya agak sedih dan kesiankan Pak Samad kerana terasa akan kesedihannya melihat koleksinya akan berpindah tangan. Buku-buku ini bolehlah dikatakan sebagai apa yang membentuk dirinya kini. Namun kemampuannya membeli buku-buku yang sebegini banyak tidak mengizinkannya mampu memeliharanya - kecuali yang ada di Bangsar. Cas_133

Harapan saya - dan mungkin juga Pak Samad - adalah agar koleksi ini akan dimanfaatkan oleh generasi kini dan akan datang dalam apa jua kajian yang dilakukan kelak.

Dalam saat-saat sebegini saya tersedar akan satu lagi kekuasaan Yang Maha Esa. Buku-buku yang sebegini jumlahnya bagaimanakah dimuatkan dalam sebentuk otak?Cas_128

Ah, aku ini tidak habis-habis mencari logik...

Nota: Al-Fatihah buat Allahyarham Hani Mohsen - 25 Julai 2006. Dia berusia 41 tahun...

2 reaksi:

Anonymous said...

salam bang Helmy,

Saya adalah seorang peminat karya SN Pak Samad dan pernah menghabiskan bacaan Novel Salina versi lama berkulit tebal berbahasa Melayu lama. walaupun terkial-kial saya kuatkan semangat sehingga menghabiskan bacaan novel berkenaan dan sejak itu saya terus mencintai karyanya dan mengagumi dirinya...saya ingin setekun beliau menjadi seorang penulis. Syukur kerana dapat membaca tulisan anak beliau sambil menyelami diri Pak Samad dari dekat.

Salam dari Kuching.

Lawati blog saya di

http://armizanila07.blogspot.com/

helmy samad said...

Salam.

Terima kasih singgah di pondok buruk laman maya saya ini.