header-photo

Keledang


Mungkin ada yang tertanya tentang Keledang yang sepatutnya siap Februari lalu.

Kami mengalami beberapa masalah. Bermula dari pemeriksaan draf pertama hingga ke draf kedua memakan masa sebulan. Beberapa perkara berlaku dan Keledang terpaksa diketepikan.

Akhir ini, fail-fail Keledang korup. Baik di komputer mahupun salinan yang disimpan di cd dan "pen drive" tidak boleh digunakan...virus agaknya...

Jadi kerja-kerja rekabentuk terpaksa dilakukan semula...

Saya duduk santai di kafe seperti biasa mengimbas peristiwa, mencari kesilapan dan kelemahan sambil berdikit menggaris tindakan susulan agar perkara sebegini, jika berlaku juga kelak tidaklah begitu memeritkan.

Keledang akan dicetak minggu hadapan...

6 reaksi:

emilayusof said...

Apakah tindakan susulan anda itu Encik Helmy? Saya pun perlu memikirkan cara-cara terbaik supaya kejadian ini tidak berulang.

Unknown said...

Amy,

1. PC baru - yang lama selalu rosak dan "hard disk" selalu kantoi.

2. Sofwer antivirus.

3. "Backup" setiap peringkat - di cd, pen drive dan kalau boleh di laman maya.

4. Kita minum dulu!!!

Korakora said...

en helmy,
walaupun ada software antivirus, perlu diupdate secara berkala. saya sendiri pun dah lupa term-nya - maklumlah di laptop di rumah tak ada pun software antivirus.

nazmi yaakub
sastera berita harian

Unknown said...

Salam.

Benar, dari masa ke semasa kena kemaskini senarai virus dan bila tempoh lesennya tamat kenalah bayar untuk tambah lagi.

Web Sutera said...

A'kum sdr Helmy,

Terima kasih banyak2 atas pemberian ole-ole semasa bengkel jibunsyi PTS di Impiana KLCC. Saya sungguh terpegun bila melihat isi di dalamnya. Sempat juga bersalam dgn ayah sdr, tetap hensem..

Unknown said...

Salam.

Anda yang mana satu?

Maaf, saya agak terkejar tadi sebab ada acara lain.